081009-foto
Jangan terpedaya dgn tarikh di atas, kesemua gambar di bawah dirakam pada 160607, cuma baru diedit dan diupload pada tarikh yg terkini aje.
“Burung Merak Pongsu atau juga burung Kuang Pongsu (bahasa Inggeris: Malayan peacock pheasant) tinggal di hutan-hutan tanah pamah Semenanjung Malaysia. Pada suatu ketika, spesies ini amat biasa ditemukan di Malaysia dan Thailand serta juga dilaporkan di Myanmar, Singapura, dan Sumatera. Bagaimanapun, burung ini telah hilang dari kebanyakan taburannya yang dahulu dan kini hanya terdapat di Semenanjung Malaysia tengah.” -wikipedia
“Burung Botak Upeh ialah burung randuk besar yang tergolong dalam famili burung botak, Ciconiidae. Spesies ini hidup di Kemboja, dan Semenanjung Malaysia serta juga di pulau-pulau Indonesia seperti Sumatera, Jawa, Bali, Sumbawa, Sulawesi, dan Buton. Nama saintifiknya, Mycteria cinerea.
Burung Botak Upeh boleh mencapai 97 sentimeter panjangnya. Rupa kedua-dua jantina kelihatan serupa. Warna bulu Burung Botak Upeh putih kecuali mukanya yang botak dan berwarna merah serta bulu ekor dan bulu pelepah terbang yang panjang dan berwarna hitam-hijau berkilat-kilat. Burung ini tergolong dalam spesies terjejas, akibat kehilangan habitat pantai, pemburuan, serta perdagangan.”-wikipedia
“Harimau tergolong dalam kerajaan haiwan dalam filum kordata (bersaraf tunjang), sub-filum vertebrata (bertulang belakang), kelasmamalia (berdarah panas, berbulu dengan kelenjar menyusu), susunan maging (Carnivor), keluarga felidae (kucing), genus panthera, spesies tigris (harimau).
Harimau biasanya memburu mangsa yang agak besar seperti rusa samba, kijang, babi, kancil, tetapi akan memburu haiwan kecil seperti landak sekiranya ketiadaan mangsa.”-wikipedia
“Harimau bintang (Panthera pardus) ialah salah satu kucing besar dalam genus Panthera. Ia hidup di Afrika dan Asia.
Harimau bintang biasanya mempunyai bulu berwarna kuning dengan roset gelap dan bintik, dan warna lebih cerah di bahagian bawah. Namun terdapat banyak perbezaan dalam subspesies harimau bintang yang berbeza. Terdapat juga harimau bintang yang semuanya hitam, juga dipanggil harimau kumbang hitam.”-wikipedia





