Ada satu cerita
Cerita ni dah berlalu 2 tahun lepas. Tahun 2007.
Masa tu aku gila skit shoot gambar haiwan. Bole kata setiap minggu aku singgah Zoo Negara. Lagipun dekat sgt ngan umah,tak la dekat depan umah camtu..kalau berjalan kaki makan jam la jugak nak sampai. Kalau berlari cepat skit..kalau melompat atau berguling..ada harapan tinggi nk kena gilis ngan keta tak pun kena pukul secara berjemaah ngan orang ramai sbb kacau lalulintas.
Masuk Zoo kena bayar Rm20 kot. Tu harga yg ada Mykad..kalau harga yg ada Myvi pun sama rm20 gak. Kalau muka ala2 kacukan tu, memandai la camna nak masuk. Takut penjaga kaunter tiket tu konfius aje. Tapi kalau bole cakap melayu tu, kira orait la tu. Kalau cakap bahasa penduduk tetap dlm zoo tu, ada harapan nak kena pelempang free. Nak masuk free jauh sama skali la.
Orait, rasanya harga tiket masih sama sampai hari ni. Tak silap ada pakej baru rm25 utk masuk taman rama2 ngan zoo serangga. Zoo serangga mesti best utk shoot macro nih. xpa2..lenkali aku pi serang. Mesti serangga2 dalam tu dah rindu kt aku…sabaq naa.
Bila dah masuk dalam tu, bole lah ushar haiwan2 yg biasa kita lihat sampai la haiwan yg tak pernah kita lihat selama ni. Kalau tengok pun dalam tv. Tengok kt tv ngan tgk live ni..lain feel nya. Mungkin tgk live ada pakej ngan bau haiwan tu skali. Ahahahaha! Memang feel abih tuh..
Haiwan yg selalu aku shoot jenis2 tempatan aje sbb aku rasa haiwan2 tu lebih berjiwa Malaysia. Tapi utk buat koleksi, aku shoot je semua haiwan yg aku nampak sbb dah bayar.
Kalau nak tau mana haiwan tempatan atau tak..bole la baca papan info yg terpacak kt setiap kandang haiwan2 tu. Tak perlu sampai bertanya secara terus kt haiwan tu ye..”awak..awak asal mana ye?” Kalau nk try jugak, tanya kt BurungKakaTua…tu pun kalau dia paham…
Bila dah jauh berjalan dalam tu, sampai la kt kawasan harimau,singa semua. Kira kawasan haiwan garang2 la ni. Kalau bernasib baik bole la dengar singa mengaum. Ke ada suara tiruan kt situ…ntah la,yg pasti mmg suara binatang mengaum la..kalau bunyi..nyeow..nyeow..nyeow…tu kucing namanya.
Dlam kul 3ptg tak silap waktu harimau makan. Kalau lapar, memang harimau akan aktif skit. Masa tu la best skit nk snap gambar. Kalau dah kenyang…peh..pasang mercun pun dia buat dono je. Kalau dia gerak pun..angkat kepala skit pastu menguap..mentang2 la makan semua cukup..eksen la.
Camtu gak kt kandang harimau bintang..
Harimau bintang ni jenis tak dok diam..dia bole berkawat tanpa henti. Terlalu aktif pun susah gak nk amik gambar tapi tu satu cabaran utk snap gambar yg terbaik. Tip utk amik gambar haiwan ni, bila dia beraksi atau moment. Kalau setakat harimau tu baring je..takyah la membazir memory card melainkan cara dia baring tu nampak pelik atau unik contoh mcm baring letak kedua-tangan kt kepala ke..atau baring sambil ketawa ke..baring sambil makan ke..camtu orait la.
Nak jadi cerita…
Masa aku dok ralit snap gambar harimau bintang tu kot2 la dia nak buat aksi akrobatik, datang la 1 famili nih. Memang ceria..dengar gelak tawa je.
Aku tak amik peduli pun cuma telinga aku tak pekak je. Dengan gaya ala2 paparazi aku snap je gambar harimau tu..ntah apa sangat yg ceria sgt famili ni tetiba gi dekat sgt ngan kandang harimau tu…yang paling taktahan, bole plak acah2 harimau tu..
masa tu aku tgk harimau tu dah lain macam…dalm hati aku cakap memang diorng ni cari pasal.
pastu si bapa(aku agak je la) ni,ntah la apa yg terlintas kat kepala dia..dia angkat salah sorang anak dia hayun kt depan harimau tu. Gila. Walaupun dalam kandang, harimau tu dah mcm nak terkam je. Yang pelik, semakin kuat pulak diorang gelak tawa macm ada pertunjukkan sarkis.
Pastu,tak puas hati. Si bapa letak anak dia sorang tu..diamik pulak anak yg lebih kecik..mungkin lg ringan nak hayun. Tanpa buang masa, dia buat perkara yg sama kt harimau tu. Berkali-kali dia buat..harimau tu dah makin agresif..Mungkin si bapa yg penyayang lagi pengasih tu rasa selamat sbb harimau tu dalam kandang yg berjaring…
tapi anggapan si bapa ternyata salah 100%…
Zasss! Dalam sekelip mata, harimau tu tetiba terkam dan sepantas kilat menghulur tangan dengan kuku yg tajam tu mencakar budak tu woo…
ahh..sudah..tu la cari pasal lg…kan dah kena!
Sekelip mata jugak pertunjukkan sarkis yg ceria td bertukar menjadi tragedi yg tak diduga.
Budak tu bernasib baik sebab si bapa cepat menarik ke belakang..kalau tak, taktau la apa nasib budak tu.
Yang aku dengar masa tu,budak tu dah nangis..rasa dah terkena skit cakaran pantas si bintang tu…haa..baru ada akai.
Bila dah jadi camtu…lu pikir la sendri. Tanpa membuang masa, mereka pun berlalu pergi dengan kenangan ‘manis’ yg tak dpt dilupakan..terutama si mangsa yg kena cakar. Apa2 pun dia patut ‘berterima kasih’ kt si bapa yg baik hati itu sbb bg trauma dan fobia yg bole mengganggu sepanjang hidup dia.
Semoga kejadian seperti ini tak berulang kat sesapa. Yg baik semua drNya..yg buruk2 semua dtg dr kejahilan manusia tu sendri. Sama2 lah kita amik iktibar walupun kejadian ni dah berlaku 2 tahun yg lepas…
maka, ada satu cerita pun tamat…




wuih.rimau minta duit raya.
Like or Dislike:
1
0
“mintak pak..kuih sepotong..sy mau makan kerna perut kosong”
nizam-kalau ko nk duit raya gak..bole la try.ehehe
Like or Dislike:
0
0
comel la rimau tu..nmpk mcm kucing yg bersaiz besr..huhu~
dia nak salam jer tu sbnrnya…:D
Like or Dislike:
1
0