Photoshop Tutorial Ray of Light – Before & After
Tutorial camna nk buat Ray of Light palsu.
Sila gunakan pada gambar yg sesuai shj. tq.
Pilih gambar yang sesuai
Diingatkan..tak semua gambar bole buat ray artificial ni ye..sila pilih gambar yang sesuai sahaja. Sedikit tips aku bole bagi, pilih gambar yang berunsur lighting yang cantik..biasanya ada 1 spot cahaya kuat dari 1 sumber. Kalau ada guna teknik CLS atau cahaya tambahan utk dpt side light, pastikan spot cahaya utama lebih kuat dr sumber lain. Gambar ‘eye level‘ jugak menarik utk digunakan..atau dr angle bawah..tu terpulang kepada korang. Yang paling utama, output gambar tu mesti dalam kepala camna hasilnya nanti.
Tengok gambar yang dipilih…tak sesuai sebenarnya…hahaha! Bagi tips kemain..kekeke! Cahaya 2 lagi terang dari cahaya 1, sbb faktor cuaca..mendung. Tapi tu bukan alasan utk aku jd malas nak edit malah jd perangsang utk aku buktikan kehebatan software kedaigambar ni..Walaucamnapun, bila aku tgk gambar ni..aku dah terbayang camna aku nak, tu yang penting. Aku guna CLS utk buat cahaya tambahan..tapi masalah lain plak muncul, shadow dr batu tu mmg mengacau sbb salah kami jugak tak guna stand utk bg tinggi cahaya tu..tapi lajak perahu bole undur, lajak snap gambar..bole delete. Tapi kalau delete, tarak la gambar nak edit..huhuhuhu. Moralnya, setting baik2 masa shoot gambar.
Ok, tgk proses sebelom dan selepas dulu…perhatikan baik² apa yang berbeza. Dan tgk image kat bawah, penggunaan layer yang aku guna..
Banyak bukan? Tapi kalau korang tere, tak la sebanyak cam aku buat ni…Ok,jom ke tutorialnya..Terus terang cakap, kalau sesapa yg baru nak jinak2 dengan software ni..tolong paham betul² tools yang ada dalam tu, ok? Usaha lif kejayaan.
Step 1
Copy layer..Drag layer Background tu kat tempat aku tunjuk tu, pastu lepas..Dia akan copy layer dr bawah tu, atau shortcut tekan ctrl+j..ni utk langkah berjaga2 kalau jadi apa2 kat gambar ori..tp kalau konfiden tak jadi apa2..tak yah la step ni.Pastu kalau nak rename layer tu pun bole..ikut suka korang.
Step 2
Mulakan edit gambar camna nak, ni step utk dapat basic color yang diperlukan..terpulang jugak kepada gambar tu..kalau dah elok kaler dan exposure semua..step ni mungkin tak diperlukan…aku biasa guna ‘adjustment layer’ yang macam aku tunjuk tu..aku suka sbb kalau kita tak suka effect yg kita nak..kita bole on/off mata kat tepi tu dan bole adjust sesuka hati, atau bole delete terus kalau tak suka…ada jugak suka guna kat Image>Adjustment, pun bole jugak..cuma tak leh nak undo la kalau tak suka..tu pun terpulang kt individu camna nak guna. Pada step ni..aku guna hue/saturation..curve dan color balance. Try main2 utk dapatkan apa yang dikehendaki.
Step 3
Step ni kena layan skit, ni pun bergantung kat gambar individu tu, nak bg nampak logik..aku kasi ‘dodge’ skit belakang tu kasi ‘light’ skit²…dodge ni bole menyebabkan noise pada gambar..harap dpt guna secara minima. Perhatikan kat batu yang ada shadow keras td tu, skang dah agak ‘soft’ skit hasil dodge tu..magik bukan? Kat sini kena peka skit..tak semua tempat bole dodge sebarangan…aku amik masa yang lama utk perhatikan gambar tu sekeliling. Logik kena amik kira..Selain dodge, burn tool jugak seronok digunakan utk gelapkan area yang nak..tu pandai2 la camna nak buat.
Step 4
Selepas proses mencerahkan kawasan gelap dan sebaliknya dah berjaya..skang proses tampal menampal plak..Proses clone ni mmg kena teliti..sekiranya gambar korang takde masalah ni, sila abaikan step ni…camna nak guna clone tool ni..sila tgk Help kat software tu..
Step 5
Basic ray…haa..ni lah part yang paling seronok. Ada pelbagai cara nak hasilkan ray artificial ni, salah satunya guna gradient tool. Takpun guna brush tool je..Step ni aku guna gradient kaler putih. Buat 1 layer baru, kalau taknak keliru bole rename ikut kehendak masing²…pastu amik gradient tool tu, tarik ikut tempat dr mana datang cahaya ikut dlm gambar.
Ni aku sertakan camna nak setting guna gradient tu…selepas dah dpt gradient yg diimpikan, bole la buat vector mask. Konsep masking ni ibarat padam kawasan yg kita taknak..guna brush padamkan kawasan yang taknak nampak ray tu..layan jangan tak layan…sampai la siap kelihatan macam ray of light yg ok pada pandangan mata korang. Amik masa skit utk nampak puas hati.
Step 6
Kalau tak puas hati lagi..bole tambah lg layer utk ‘ray’ tu…aku pun terbuat sampai 4 layer..konon ada depth la ray tu nanti..dan kat sini ada muslihat skit camna nak kasi real skit ray tu..perhatikan silap mata di bawah ni..
Tadaaaa! Tambah glow kat ray td..kalau korang rasa tak perlu..abaikan step ni..tp aku amat suka efek dr hidden trick ni..bole apply kat mana² layer ray korang kalau rasa perlu..
Step 7
Hiyahhh! Byk steps jugak rupanya…orait, lepas tu nak kasi nampak dramatik skit…buat layer baru utk ‘fog’ atau kabus..bole la guna brush tool dan letaklah kat mana² yang sesuai bagi nampak berkabus skit gambar tu…
Step 8
Additional color layer..perhatikan gambarajah serta layer mode…semuanya guna gradient mcm buat ray pada Step 5…dan ada 1 layer ‘Adjustment layer’ utk Photo Filter…aku guna warming color utk bg timbul mood pada gambar..
Step 9
Sudah hampir ke garisan penamat nampaknya…buat 1 lagi layer utk bg warm mood…perhatikan mode pada layer… aku guna kaler jingga dan gradient pada tempat yang sama macam layer ray..penggunaan kaler bergantung pada kreativiti korang k..kalau nak kaler cool..sepia..underwater..tu terpulang…
Step 10
Siap! Aku ada buat sedikit ‘adjustment layer’ sama macam Step 2 utk naikkan kaler dan dramatik pada gambar…mudah bukan? Kalau nak tambah sharp ke..blur ke..glow ke..tu ikut kesesuaian dan kreativiti otak korang…ni hanya sebahagian sumbangan kecil aku pada dunia fotografi digital skang ni..Kalau ada yang tak paham..bole tanya aku k..kalau buat² tak paham..bole rasa luku aku k…C&C amat dialu²kan utk memantapkan lagi skills yang tak seberapa ni..Harap membantu utk memeriahkan lg fenomena fotografi kat Malaysia nih..
Selamat mencubatrytest!
*Tekan ‘like’ sebagai tanda sokongan sekiranya artikel ini membantu anda. Tq.
27 Responses to “Photoshop Tutorial Ray of Light – Before & After”
Comments
Read below or add a comment...

















Otaii…. Tutorial yang menarik. Very the padat and informatif. Semestinya aku akan mencuba. Apa pun terima kasih di atas tutorial dan tahniah di atas kesungguhan anda membuat tutorial (mcm skema je ayat saya nih….). Susah nak dapat tutorial dalam bahasa melayu…
Like or Dislike:
1
0
fulamak… tutorial yg menarik.. nih dah tahap masuk majalah nih.. tapi kan.. aku buat tak berapa nak jadi aa..
Like or Dislike:
1
0
Fendi, selamat mencuba..Komeng,usaha lagi..anda pasti berjaya..
Like or Dislike:
0
0
Huh! tangkap nangis aku tengok gambar ni, cam percintaan Hang Tuah dan Tun Teja versi ke 782 pun ye gak
Like or Dislike:
1
0
waa….best tutorial….thanx bro…
kalo ada lag..share2 la..ehehehe
Like or Dislike:
1
0
wehhh..dasyat arrr..aku nak try buat tapi memandang kan umah takder internet tak leh nak ikut tutorial ang nieh….banyak giler step nyer susah nak ingat doh….antar tutorial nie ke email aku leh tak?…hik hik hik…dah kasik makan nak di supkan pula kan…ahahahaha…sekali sekala manja-manja…
Like or Dislike:
1
0
Saya budak baru belajar. Kalau salah, buat2 jer betul….hehehehe
Like or Dislike:
1
0
akhirnya…. kuar jugak tutorials iniiii… muehmuehmueh
Like or Dislike:
1
0
eh ak nih orang baru, ak benar2 org awamlah soal cam gni ni…
tpi bise ndk kita2′ bntu ak ni yg bru blajar photoshop…
gmnlah gambr nak bagos cam gtu, bingunglah ak liatnye..
Like or Dislike:
1
0
bro..thanx k..murah rezeki u sbb kongsi ilmu dgn kita org ni..Melayu boleh!!
Like or Dislike:
1
0
fulamak….style la !!~
kelak pasti akan ku cuba!!~
nice nice
Like or Dislike:
1
0
fulamak….dh mcm rarindra dh..em thanks bro..u really helping…ilmu mu ini akan terus digunakan sampai mati.hehe..murah rezeki bnyk pahala…hehe…n jgn lupe terus bertutorial…=)
Like or Dislike:
1
0
Alhamdulillah, terima kasih sudi kongsi tutorial
Like or Dislike:
1
0
eh..thanks semua yg sudi cubatrytest tutorial tak seberapa nih…harap kalian berjaya. Aku tgh usahakan sesuatu gak nih utk dikongsi bersama..harap berjaya dilaksanakan..doakan utkku.
Like or Dislike:
0
0
Thanks!!!!!!!!!!!!!!!!! memang ini yang kucari2 selama ini… superb tutorial!!!!!!!!!!!
Like or Dislike:
1
0
wah menarik tutorial nieh… tq ekkk… tp step 5 tu mcm x cukup je. camne leh dapat garisan2 ray tuh lepas tambah gradient & mask? buat garisan camne ek?? sbrg jwpn diucapkan terima kaseh… salam ramadhan…
Like or Dislike:
1
0
guna masking bole guna eraser pun bole..buat ikut logik je camna ray tu…kalau rajin bole guna lasso utk dptkan line yg kita nak..letak feather dia lebih skit utk dpt soft edge..sekian.
Like or Dislike:
0
0
wah… tq adows… baru puas hati…. hehe tq vm!!
Like or Dislike:
1
0
wowww… thank you bro… nanti nak try la buat walaupun agak susah…
Like or Dislike:
1
0
buat jgn tak buat…usaha pasti berjaya..
Like or Dislike:
0
0
try jgn tak try…
kalau tak try tak tau…
Like or Dislike:
1
0
thanks..i dah apply tutorial ni..hasil nya..not bad..
thanks alot..
hasil nya.. http://www.markless.org/jay/beforeafter.jpg
Like or Dislike:
1
0
brother otai…ada nak buat kursus tak untuk edit wedding photo ni…saya ni tak paham sangat photoshop ni dan ada niat gak nak ambil kursus…kalau ada jangan lupa jemput saya yek…
Like or Dislike:
1
0
thanks jay. dah orait tuh.
milmohd-masih dlm perancangan utk adakan kursus editing, InsyaAllah sy akan maklumkan sekiranya terlaksana. tq singgah.
Like or Dislike:
0
0
Salam ziarah.. Teruskan usaha anda.. Selamat berjaya.. Good luck!!
Like or Dislike:
1
0
tabik tuan singh! hehe.. tq odows tutorial ni. memang power. tutorial 2 dalam satu. tutorial yg mula² tu pasal dodge, saya kurang tau la odows. dalam photoshop, saya faham dodge tu bukan tools utk kita buat gambar jd funny ke?.. untuk panjangkan idung cthnye.. sebab tu la saya jarang gunakan dodge tool. tapi kat sini tengok bleh cerahkan tempat yg gelap plak. camne tu?.. ada tak entry kat sini yg terangkan ape itu dodge?.. saya nk belajar dari bro.
Like or Dislike:
1
0
tq shah sbb singgah walaupun tutorial ni dh lama..
dodge mmg tool utk utk cerahkan kawasan yg gelap kalau taknak guna level/curve etc..
yg utk funny/distort pic org guna Smudge Tool atau guna Filter>Liquify..harap membantu..apa2 pun cuba dulu tools yg ada semoga lebih paham..jgn mudah faham benda yg kita tak pernah cuba..kipidap!
Like or Dislike:
0
0