Video Xperimental
Dah lama rupanya aku tak update blog ni. Entry raya pun tak sempat nk buat…tau2 dah abih Syawal. huh..
Kali ni nk berbual sedikit pasal video xperimental pre wedding yg baru aku buat bebaru ni..
Bole tgk teaser kt bawah ni. Benda ni dh lama aku letak kt FB. Cuma skang ada sedikit masa utk letak kt blog sendri pulak.
VIDEO SLR
Ini adalah percubaan pertama aku buat video guna slr secara serius dan berpeluh! Selalunya guna videocam shaja utk kerja harian. Projek xperimental ni adalah pelawaan dari saudara Ax dr Custompicture utk client beliau- Azidi & Lin. Dibantu juga oleh Bounce Team yg memeriahkan lg sesi rakaman.
Sebenarnya tiada perancangan secara rapi utk xperimental ini sbb tujuan video ni dibuat adalah sebagai mencabar diri sendri utk portfolio shj di samping belajar memahami penggunaan dan keupayaan sesebuah video slr. Memandangkan aku tidak mempunyai kamera video slr, jadi aku pun meminjam sebuah kamera nikon D90 dr seorang kawan-Zamzami. Berbekalkan kamera pinjam dan sebuah tripod yg rosak, aktiviti xperimental pun bermula. Aktiviti penggambaran bermula di Petaling Street pada jam 5 ptg. Aku hanya shoot dr jauh dan tidak mahu mengganggu photographers yg bertugas kecuali lepas mereka dah selesai shoot satu2 shot tu baru aku amik alih pulak jika perlu. Tak sangka aktiviti ini sgt menyeronokkan. Yang lg best, masa shooting tu peniaga2/org yg lalu lalang kt petaling street tu semua bg kerjasama yg baik. Ada yg offer kerusi utk duduk pun ada. Sangat terharu.
LOKASI
Lepas PS, kami berjalan2 sekitar kawasan tu je sampai hari agak gelap. Bertambah plak hari agak mendung. Bila dh dapat footage dan fotografer pun dh dpt gambar, kami bertolak ke area Bukit Bintang plak utk habiskan sisa sesi rakaman. Antara lokasi yg terlibat- area kawasan Lot-10(ada guard hampir halau kami sbb buat shooting situ), bawah stesen monorail sg wang, perhentian bas, dan yellow cab. Premis Yellow Cab perlu diberi kredit sbb benarkan kami buat rakaman sekitar dan dalam premis tu tanpa byk songeh.
KELEMAHAN
Shoot video guna slr ni banyak memberi pengalaman baru kt aku. Antara cabaran yg best adalah menjadi focus puller dimana 100% pengawalan lensa adalah manual. Mengawal lensa secara manual memberikan pendedahan baru yg amat berguna. Agak sukar pada mulanya memandangkan tripod tidak cukup kukuh(salah satu kaki dah rosak) bila tangan memulas2 lensa dan gegaran kecil seringkali berlaku. Tapi bila lama2, kita akan semakin mahir. Dan kesukaran kecil dapat diatasi pelan2..mmg betul org cakap: Practice makes Perfect.
Selain itu, isu flicker yang terdapat pada nikon D90 jugak tidak dapat dielak bila malam menjelma atau lebih tepat bila kekurangan cahaya(low light). Ada sesetengah angle dan dengan bantuan lampu jalan beberapa footage dapat mengatasi masalah flicker ini. Tapi kebanyakannya tak dapat dielak terutama bila shoot guna tanganpod(handheld).
Faktor cuaca seperti hujan tak menentu membataskan pergerakan kami utk bergerak bebas mendapatkan footage yg lebih banyak. Tapi plan B..C..D..tetap ada utk mengatasinya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sehingga tamat sesi rakaman atas kerjasama semua pihak.
PROSES AKHIR
Ini part yang paling mencabar sel-sel otak aku utk bergerak aktif. Masuk proses editing memerlukan jiwa yang tenang supaya nak berkarya pun senang. Berulang-ulang melihat footage akan memberi idea secara spontan. Masa selesai proses rakaman, aku telah meminta Azidi & Lin memilih lagu kegemaran masing2 atau lagu yg ada sentimental terhadap mereka berdua. Lagu Kau dan Dirimu nyanyian Ari Lasso & Bunga Cinta Lestari menjadi pilihan mereka.
Pemilihan lagu juga elemen penting samada sesuai atau tidak dengan footage yang ada. Proses ‘tengok dan rasa’ amat penting untuk menghasilkan sebuah klip video yg pendek dan padat. Klip panjang tapi boring adalah sesuatu yg perlu dielakkan kecuali ianya sebuah permintaan.
Sebelum ke peringkat akhir suntingan, proses meletakkan tone ke dalam video adalah proses yang mencabar jugak. Untuk kerja camni, Adobe After Effects adalah software pilihan aku. Buat video memerlukan ruang kapasiti hardisk yg banyak. Jadi aku sediakan sekurang2nya 1TB hardisk utk kerja-kerja suntingan. Penggunaan tone adalah menaikkan lg mood footage yang ada..tapi ini adalah pilihan dan ikut kerajinan masing2. Ada yg suka kaler ori dr kamera dan sebaliknya. Pilihan dan citarasa di tangan masing2. Suka dan tak suka juga bukan suatu paksaan ianya pilihan. Selesai setiap footage di’tone’kan(100+ footage), proses akhir memasukkan lagu dan plot citer ditugaskan kepada Adobe Premiere pulak.
Susun footage ikut kesesuaian dengan rentak lagu. Proses melayan sampai lebam dan puas hati mungkin akan mengambil masa beberapa hari tengok pada kreativiti masing2. Elemen syok sendri bole dipraktikkan pada peringkat awal. Tengok berulang2 susunan plot samada dah ok, best atau kena buat semula. Reference jugak penting..youtube adalah sumber rujukan yg berguna. Tengok dan kaji dan praktikkan utk dapatkn apa yg kita nak. Selepas beberapa hari dan beberapa kali ubah semula klip ni termasuk menggunakn lagu dr Monoloque-Chinta, aku buat kata putus klip kt bawah ni adalah yg finale.
Selamat menonton.


Share your thoughts..