Hobi Planted Tank-Part 2
Apa yang anda perlu utk memulakan hobi ni ialah:
1-minat
2-minat
3-minat
Perlu ada minat yg mendalam, baru best utk memulakan hobi ni. Biasanya timbul minat pada mula2 je pastu bila dah start sibuk dengan urusan lain, hobi ni biasanya akan jd sejarah. Aku pun taktau lg apa akan jd pada hobi aku ni pada masa akan datang. Harap2 tak jadi sejarah la.
Ok, ini antara senarai bahan/barang asas yang diperlukan sekiranya berminat untuk memulakan hobi ni:
1-tank/akuarium
2-filter
3-substrate/soil
4-co2/karbon dioksida(utk pokok)+diffuser
5-lighting/cahaya(lampu)
untuk dekorasi dalam tank boleh la cari/beli:
-Lava rock/batu lava(untuk ikat moss/lumut)

Macam mana nak dekorasi tu terpulang kepada kreativiti masing2. Kayu tu sekadar pilihan sekiranya berminat. Ada yang berminat lebih kepada batu, boleh guna batu sahaja.
Pada peringkat awal, aku hanya tumpu kepada dekorasi batu.

Gambar di atas bertarikh 03/07/2011. Pokok glosso dan hairgrass dah makin hidup. Benda yg melekat kt akuarium tu diffuser utk co2. Berfungsi membantu gelembung2 kecil co2 meresap ke dalam air dengan lebih berkesan.
bersambung ke part 3.



