Kembara ilmu 01
Nguehehehe..tajuk macam best je kan. :p
Untuk siri kembara ilmu ni..aku mulakan kat Langkawi dulu.
Kenapa aku namakan kembara ilmu?
1-Sebab aku jalan2 sambil ambil gambar
2-Sebab aku jalan2 sambil ambil gambar seraya mengasah skill
3-Sebab aku jalan2 sambil ambil gambar seraya mengasah skill dah tentu mengumpul stok gambar
4-Sebab aku jalan2 sambil ambil gambar seraya mengasah skill dah tentu mengumpul stok gambar atas urusan kerja
5-Sebab aku nak kumpul ilmu fotografi sambil jalan2
6-Sebab aku nak jalan2 sambil kumpul ilmu
7-Semua sebab di atas…
okeh, siri kembara ilmu ni gimik je. Aku ada urusan kerja kt Langkawi sambil2 tu jalan-jalan buat gambar ler..
Walaupun ada plan utk seriuskan siri Kembara Ilmu ni, aku akan tengok kepada keadaan kewangan dan juga keadaan semasa. Kalau ada masa terluang, pasti Kembara Ilmu 02 akan menyusul kemudian.
Bagi sesi panaskan badan ni, aku mulakan dengan latihan zoom guna leher dulu menggunakan lens macro 60mm..dah lama tak ambil gambar makhluk kecik2 camni..berpeluh beb.
Sebenarnya agak seronok shoot macro nih..
Sebab kita bole nampak dengan lebih jelas makhluk kecik camni..kalau makhlus halus tu lain cerita..’ce citer..ce citer..’
Selain tu, nak shoot macro ni melatih mata kita lebih peka untuk mencari subjek yang tersembunyi..
ada yang dok atas daun camni..mintak dia 1-2 pose pun ok je. Yang penting kena sabar sebab tak semua shot yang kita snap menjadi semuanya kan..
Kalau dah buntu, cari je la apa2 subjek yg boleh di snap..
macam labah-labah ni, kecik sungguh..jenuh la fokus sampai lenguh tengkok…
Okeh, masa untuk cari subjek lain plak. Sesi macro dah tamat buat sementara waktu.
Sambil nk keluar dari Lubuk Semilang ni, sempat lagi snap apa yang patut..
Lepas dh pekena cendol air longan yang tak sedap dengan laksa power, kami bergerak ke lokasi seterusnya-Harbour Park.
Dengan sepantas kilat, Aliff, Fahmie, Fendi dan Saiful Cindai mengambil tempat masing2 untuk sesi seterusnya-Sunset!
Disebabkan waktu masih awal untuk menunggu matahari terbenam, maka acara bebas terpaksa dilaksanakan dengan spontan.
Namun kesungguhan mereka mencari setting yang sesuai harus diberi pujian. Daripada panas terik petang sampai la gelap..mereka tak berhenti2 mencari setting yang paling terbaeek..
Kerana tidak mahu rasa tertekan, Saiful Cindai cuba mencomelkan dirinya di depan kamera. Manakala Fahmie dari awal sehingga akhir tidak lekang dengan kameranya masih mencari setting yang mantop..Tidak ketinggalan, Fendi cuba menjadi videografer terlampau dengan merakam footage yang beliau sj yang tahu.
Tidak ketinggalan penulis juga cuba menghiburkan hatinya sendiri.
Fendi dengan bergaya mencari sudut yang sesuai untuk gambarnya..
Fahmie juga tidak ketinggalan..
Disebabkan masih ada masa, terpaksalah penulis memakrokan diri..
Subjek yang biasa ditemui di mana-mana…tapi luar biasa jugak penatnya nk snap sekali skala..
Tau-tau je dah gelap…haaa..kelam kabut.
Nasib baik sempat amik sebelum terlambat..fuh.
Lepas tu gi makan2, borak2..balik tido. Penat.
Keesokannya…bantai plak nasi lemak berlauk ayam+sotong ni..gilos sedap. Gerai ni ada kt area Kuah. Pagi2 memang ramai lah orang makan/beratur nk tapau makanan kt situ. Terbaeek!
Sekejap saja dah selesai..burppp..Alhamdulillah..Lenkali bole la singgah lagi dah tau tempat makan sedap camni.
Perut dah kenyang, best la skit nak jalan2 sambil snap gambar apa yang patut.
Lepas dah penat berjalan, balik tempat penginapan berehat kejap untuk ke destinasi seterusnya…
Tau2 je dah kat Cable Car..Alif sempat lagi posing depan pintu masuk.
Semangat dah berkobar-kobar nak naik cable car..
Sempat lagi singgah Animal Farm kt sebelah…tapi sayang la..tak banyak sangat haiwan dalam tu. Menyorok kot.
lepas keluar dari Animal Farm..tiba masa untuk beli tiket…Fendi dan Saiful Cindai sempat lagi melemparkan senyuman kelat..
sebab ada kesilapan teknikal..maka, cable car takleh beroperasi..patut la senyum kelat…dengan sadis, kami semua keluar balik dari situ untuk plan B…
Lokasi yang dipercayai Shah Rukh Khan tengah shooting utk filem terbarunya..
Gua Kelawar..
Ke destinasi seterusnya pula…
Memburu sang helang!
Eh..belum lagi..
Okeh, masa utk ke next destination!
Pulau Kasut
Tiba-tiba ada kat pasat malam yg tak berapa malam lagi..
Abih hilangkan lapar dan dahaga kat situ..apa lagi..cabut ler.
Tamat sudeh~


































































