Kerbau-Ada Satu Cerita
Bila aku nampak kerbau, aku akan teringat satu kisah yg pernah aku alami dulu. Bila aku teringat, aku akan gelak sorang2. Tapi bkn mcm kerbau kt atas tu la kalau aku gelak. Aku gelak malu2 siput sedut je.
Masa tu bole dikatakan aku masuk dalam kategori budak nakal. Nakal yg tak jahat sgt la. Kalau pukul2 org tu, mmg aku tak buat. Setakat belasah buah jambu..belimbing..mangga jiran mmg aku buat. Nak kata kebulur sgt, tak pun. Tapi memang pelik, kekadang pokok ubi pun dicabut tanpa ragu2. Tak tau la sapa punya, nampak mcm terbiar je mmg jd mangsa ubi bakar la jawabnya. Memang tak sedap pun, kekadang ubi tu rasa minyak tanah sbb terlebih knowledge gara2 nk cepat masak..tp nk tunjuk nakal jugak..bedal aje.
Tapi aku bedal biasanya jiran2 yg kerek je. Kalau yg ok tu, aku mintak secara baik cuma kekadang diorg balik kampung tgk mcm membazir je..aku amik jugak la.
Nakal camtu pun bila hari raya aku mintk maaf jugak. Mintak halal semua. Kekadang diorg pun tau kenakalan budak2 kt situ. Kalau musim buah je..ada je buah tak sempat ranum..yg best, buah mangga kt depan umah aku pun dibedal oleh kawan2 jugak…tak guna tul. Yang lg marah makan 2-3 gigit je pastu buang..mentang2 la buah free.
owh..masih tiada cerita kerbau..
Biasanya yg jd nakal ni sbb ramai kawan. Ada geng sekepala. Ghapla jingga la. Kawan2 pun sama je semua..kalau ada yg baik pun akan dihasut jd tak baik jugak. Sian sungguh.
Nak jd cerita, satu mesyuarat telah berlaku. Ada la lebih dr 10 org yg jd ikut.
Dr yg kecik sampai la yg paling tua masa tu dalam darjah 4 kot telah bersepakat nk masuk dusun org. Dusun durian tuh.
Dusun tu tak la jauh mana…naik beskal ada la sampai dlm 10 mnit. Tp sbb masing2 dh teruja nk jd Rambo..semua pakat nak jalan kaki.
Jalan masuk dusun tu ada jalan rahsia..longkang besar yg bole muat sebiji kereta…dusun tu mmg dipagar rapi tp kt longkang tu je terbuka secara bebas. Memang best la. Ada laluan lain, kena ikut anak sungai. Tapi ramai tak mau lalu situ sbb lintah dia besar2. Ahahaha!
Maka, sbb aku hero dlm cerita nih..aku ngan kawan lg sorang sepakat berpecah. Aku ngan dia masuk arah sungai yg lain2 ikut arah longkang kot2 la kantoi dgn tuan dusun bole la cabut dulu.ehehe..aku agak tak konfiden ngan member aku ni, sbb aku pernah tgk dia menari shuffle masa kena gigit lintah dulu…punya dasat shuffle(walupun tak wujud lg masa tu) sampai lintah tu terpelanting hilang tanpa dikesan. Kagum aku dgn persembahan otomatik tu walupun hanya sekejap.
Bukan nk cakap besar, tp biasanya aku akan tolong cabut lintah kt kaki kawan2..lintah kerbau besar woo..perut hijau..ada line kuning kt tepi..kt darat pendek..dlm air jd panjang mcm ular. Ahaha. Gelimat…mat..mat..mat..
Okeh sambung cerita..
Tanpa ragu2 lg..kami ikut jalan anak sungai..mmg dh set..nanti semua jumpa kt dlm dusun.
Jalan masuk ikut anak sungai tu agak lapang kawasannya..kalau terus masuk mesti kantoi punyalah..kami pun panjat bukit skit masuk ikut belakang sambil2 kutip lah buah durian kalau jumpa.
Ntah mmg nasib tak baik kot..mmg buah takde langsung kt belakang tu..byk kt atas pokok lg. Dengan rasa kecewa, kami menyusur masuk ke arah pokok yg depan pintu masuk. Hohoho..mcm pesta..bebudak td tgk dh gila dok kutip buah..aku ngan member td pun apalagi, cargas la join. Masa lari ke pokok tu, masa tu la dgr mcm ranting patah dr atas..rupa2nya buah tgh gugur lagi..peh..rambo kalau kena durian pun mati jugak. Tak cakap byk, masing2 dh meniarap tutup kepala. Masa tu baru rasa nk menyesal. Tapi sekejap je menyesal sbb bau durian tu mmg takleh tahan. Ahahaha.
Semua bangun balik nk kutip buah…masa tu baru aku perasan bebudak lain dah hilang. Tinggal aku ngan member td tu je lah.
Rasa pelik tu baru je nk hilang, dari jauh aku nampak kelibat seseorg. Gaya mcm tengah hisap rokok sambil rileks atas motor. Ah sudah, tokei dusun! Patut la berdesup lain2 dah hilang..Lagi pantas diorg lari dari aku. Cis betul!
Aku pun tak tunggu lama..angkat kaki seribu terus. Pecut sekuat hati! Kawat berduri pun diredah semacam. Pagar kayu pun dilangkah mcm lari berpagar je..masuk sukan olimpik kompem menang nih.
Tetiba teringat bebudak lain…aduh..apa la nasib diorng. Aku ngan member ni pun patah balik sbb risau kt bebudak lain. Kami slow2 menghampiri dusun tu balik..ikut jalan sungai.
Sampai kt 1 tempat ni, aku nampak byk selipar kt situ. Memang sah la kasut2 bebudak tu. Rupa2nya diorg masuk situ tak pakai selipar..sengal tul..sapa la punya idea nih..kalau terpijak duri tak ke naya. Kami pun tunggu la kt situ dgn harapan diorg muncul kutip balik selipar masing2.
Tapi hampeh..seorang pun tak datang. Aku bajet semua kena cekup ngan tuan dusun tu lah.
Bersambung la pulak….
Okeh..sambung balik.
Lepas berfikir sejenak, dengan perasaan berani takut2..kami pun singgah balik dusun tuh. Walaupun agak berdebar-debar, tapi gagahkan jugak semangat nih. Dalam kepala dah terbayang sorang2 kena ikat ngan tali kerbau kt pokok pastu kena baling dengan buah durian…isk,sadis tuh.
Kami pun masuk menghendap-hendap mcm meerkat…kejap2 lari mcm tikus..kejap berenti mcm sesumpah. Penyamaran tu penting walaupun ternyata jelas memakai baju kaler2 masuk hutan…kalau join perang kompem kena tembak dulu la.
Aku bajet tuan dusun dah blah la sbb sunyi sepi je suasana dusun tu…kami masuk dari semak ke semak mcm askar. Mata liar memerhati di setiap sudut dusun. Fokus utama adalah kawan2 yg rasa2nya dah jadi tawanan tu..anak mata semakin mengecik mencari subjek, lagak mcm burung hantu mencari mangsa…tapi ternyata hampa sbb gagal mengesan mangsa tawanan.
Kami amik keputusan utk menghampiri lebih dekat lagi kawasan kejadian tadi. Kali ni sebab keadaan nampak terkawal dan selamat, kami berjalan seperti biasa menghampiri kawasan kejadian…
Lepas lama memerhati, nampaknya bebudak tu mmg tarak dah kt situ…mungkin dah kena angkut gi balai…paling sadis sbb semua berkaki ayam pulak tuh..haih. Nasib korang lah….
Aku pun ajak member tu blah je lah sebelum kami pulak kena angkut gi balai…dengan perasaan 1001 rasa penyesalan tu kami pun mengorak langkah keluar dr dusun melalui jalan sungai…
Aku sangka hujan ditengahari rupanya hujan on the spot! Bole pulak terserempak ngan tuan dusun hanya beberapa meter di depan kami……ah..sudah! Nak mencarut pun dah tak sempat…ingat dah blah….ada kt situ lg rupanya!
Maka di sinilah bermulanya kisah kerbau ini…

*Sekadar gambar hiasan
Sebenarnya di luar dusun tu ada padang ragut…cuma tak pernah amik peduli. Laluan sungai tu lah pemisah antara padang ragut tu ngan dusun tu…rupa2nya bersepah-sepah kerbau tengah merilekskan diri kat situ…sambil makan rumput lah takkan makan biskut meri plak..
Kawanan kerbau tu jugak dipercayai adalah hakmilik tuan dusun tu jugak…mungkin mereka juga berkawan baik…
sebab apa aku cakap camtu…haaa…teruskan membaca.
Masa saat2 genting berhadapan dengan tuan dusun tu…kami mmg dah panik tahap nak pitam dah…tetiba jantung berdegup kencang sebagai petanda bole lari laju dengan cemerlang utk masa kecemasan.
Tanpa buang masa..kali ke 2 kami melarikan diri secara spontan meninggalkan tuan dusun tu.
Yah..yah..yah…pecut tak hingat..
Masa tengah lari, dengan gaya slow motion aku menoleh ke arah tuan dusun tu yang semakin mengecil dari pandangan…pada masa yg sama jugak aku nampak dia mcm memberi 1 isyarat yg aku tak paham…langsung tak paham..mungkin isyarat amaran kot…ntah la. Tak kisah la apa2 pun, yang penting sekarang aku dah semakin jauh dr dia…hahaha(gelak dlm hati).
Patut la aku tak paham pun isyarat tu, rupa-rupanya arahan tu untuk kerbau2 tu…

*Gambar sekadar hiasan
Yezza..arahan dr seorang tuan kepada haiwan ternakannya ala2 tarzan gitu..Senang je arahan tu sebenarnya…suruh kejar kami ler…apalagi..
HOi..gila ke apa mintak bantuan kerbau kejar kami yg lemah ni…kalau sekor 2 bole terima lagi…tp byk gila la…bole rasa gegaran seakan gempa bumi bila kerbau2 tu berkerjasama mengejar kami..dikuti dengan debu2 tanah yang kering, keadaan nampak macam dah tak terkawal lagi…memang gila…terasa macam koboi kena kejar dengan kuda liar camtu…
Aku pecut sekuat hati…mcm tak jejak tanah. Bunyi tapak kaki kerbau berlari tu masih terngiang kt telinga sampai skang…memang tere la tuan dusun tu bg arahan. Binatang yg nampak jinak camtu pun tetiba jd agresif dengan skali arahan..patut la byk gak dgr kes org mati kena rodok ngan tanduk kerbau nih…isk..mintak simpang la.
Yang aku paling ngeri ialah kepantasan kerbau2 tu berlari…kalau aku terjatuh, peh! mau disondol buntut aku ngan tanduk yg tajam tu tanpa segansilu…nasib baik kami pecut awal skit..ada la masa skit utk melepaskan diri.
Yang memenatkan tu sebab keadaan geografi yg agak tak konsisten..kejap tanah rendah kejap tanah tinggi…lutut dah memang terketar-ketar. Dalam masa beberapa saat lagi rasanya memang dah takleh tahan…ada yg tersungkur makan tanah ni..
Dalam keadaan yg hampir menyerah kalah tu lah, kami terpandang ada semak yg agak tinggi dan tanah yg agak rendah mcm tanah gelongsor. Dengan aksi ala2 stuntman, kami lompat masuk semak tu,berguling-guling dan menyorok di sebalik semak tu. MUngkin keadaan tanah yg menggelosor skit tu, dan dilindungi dengan semak yang tinggi..kerbau2 tadi berhenti mengejar sebab subjek dah tak kelihatan lg..lalu meneruskan aktiviti memakan rumput tanpa rasa bersalah…debu2 liar pun beransur hilang ditiup angin…dan keadaan kembali menjadi normal. Bunyian unggas kembali menghasilkan irama..

*Sekadar gambar hiasan
Lepas oksigen dah cukup..pernafasan pun dah kembali normal..Aku pun ushar dengan takut2 je di sebalik semak tu utk memantau keadaan semasa…bila tgk kerbau2 tu tengah khusuk menjamu selera..aku yakin ni lah masa yg sesuai utk beransur meninggalkan tempat tu secepat mungkin…
Kami terpaksa meredah semak utk ke laluan sungai tapi yg agak jauh dari kawasan dusun tu la..kalau dekat kompem kena kejar balik ngan kerbau tu…aku lebih rela kena kejar ngan lintah yg besar2 tu..daripada aku kena pijak atau kena tanduk..lebih afdal aku derma darah skit. No sacrifice no victory..ahaha.
Sepanjang perjalanan balik tu…dengan keletihan tahap maksima..dengan perasaan kesal..dengan perasaan takut..dengan perasaan hampa sbb tak dpt makan buah durian(tu yg jd letih lg tu)…ditambah dengan memikirkan pasal bebudak tu…perjalanan tu rasa terlalu lama dan jauh..
Akhirnya..lg beberapa meter dah nak sampai rumah aku..aku nampak beberapa susuk tubuh yg macam aku kenal..sengih2 dari jauh.
Memang aku kenal sangat la muka2 sengih tuh…
“Sori la..lepaih kami nampak tuan dusun tu..kami teghuih cabut…selipar pun tak sempat amik..esok2 la pi amik..hehehe..”
Tahik kerbau sungguh!
Moral? Macam2 ada.
Maka, Ada Satu Cerita pun tamat.



