Odowsun Xtravaganza

Dari Mata Jatuh ke Kamera

Archive for October, 2007

Bermula dengan idea

Posted by odows under Sembang Kosong

Ok kat sini aku nak letak idea yg mula-mula muncul kat kepalaotak aku…pastu aku main² kat flash…

Ada beberapa versi gak la…Pada asalnya mmg aku nak guna ‘MFR’ tu je..tp takut ada org lain claim nama sama plak…malas la nak rebut benda remeh temeh ni..takyah pening² aku guna nama penuh je la senang skit…tp sesetengah org kenal aku ngan nick Odows@Odowsun je…mana² pun bole guna…janji batu…

ada yg ok..ada yg tak ok langsung…

pastu pelan² idea lain muncul..

pastu try lg..

tp sayang…aku tak guna pun…hahahaha..simpan buat kenangan je la..

ni aku buat intro…bedal je…syok sendri..


Yang ni kalau nak ikutkan..nak buat loading…mmmm.

Kebanyakannya aku buat/belajar sendri je…bukannya tau sgt pun pasal flash/web/dreamweaver/programming semua ni..nasib ada byk tutorials kat net…bole gak blasah skit²..
Dulu mula² tu..nak buat fully flash la..tp ilmu tak cukup…pastu mcm sengal je nak buat…macam² la berangan kat kepala masa tu nak camtu nak camni…ada gak buat conteng² skit kat kertas camna nak…lepas dah buat..nampak cam idea boring je…
Lepas lama aku tak aktif(hampir setahun beli hosting ngan domain),baru la aku buat balik…last² simple je..aku letak gambar je kat situ…portfolio yg lain² tu aku taruk kemudian..
Tuptup..aku terjumpa pasal wordpress ni…study kejap camna guna dia..pastu terus guna sbb nampak mcm menarik jugak…mmg betul, ok dan mudah guna…cuma kena amik masa skit la kalau nak buat customize sendri…tp ni pendapat aku je la kan…mungkin sbb aku tak pernah guna yg lain lagi..hehe..
Kalau ternampak kekurangan, anggap je la aku masih lg tercari² identiti kat web/blog/galeri aku ni…peace!

Hahahaha..Saja je gelak walupun takde lawak kat mana pun..Ok..Inilah mainpage masa aku nak letak mula2 dulu kat website aku…tp sbb kemalasan yg dahsyat…aku tinggalkan terus…nasib tak letak…mmg buruk pun..wakakaka

mainpage2

Pastu kan..aku try buat camni plak…ni rasanya dah masuk peringkat penggunaan Adobe Flash sbb nak jdkannya interaktif…kira tgk nampak mcm best skit aa…ni pun terbengkalai sama macam kes di atas…masa buat tu tgh semangat gak sbb free skit kat opis….tetapi masa free tu hanya gimik semata²…aku kembali sibuk utk meneruskan projek² kat opis…huhuhu…apakan daya…aku hanya seorang kuli yg berwawasan…akur saja arahan…teringat aku kat salah satu lirik lagu Metallica..”Obey your master..Your life burns faster…Obey your master..Master!”

Sbb tu la setiap org termasuk aku perlu ada cita² kena jd bos…koman² pun jd bos utk diri sendri…bukan apa, sekurang²nya kita ada masa untuk berkarya tanpa batasan…erti kata lain bebas dr arahan yg kadang² membingitkan telinga..baru la bole jd kreatif dan produktif.

Lupakan kisah mainpage yg tak pernah menjadi tu…tak menjadi sbb ada sebab…sebab aku tak rajin je…haiiih…Ok,apa² pun nanti aku try letak versi flash plak…stay tune..

Selamat datang ke Dunia Odows…Anda pasti tidak akan mengalami mimpi ngeri selepas tersesat ke sini…Kedatangan anda amat dialu-alukan…