Odowsun Xtravaganza

Dari Mata Jatuh ke Kamera

Archive for November, 2007

Captain Harlock Fanart

Posted by odows under Ilustrasi

capt Harlock

Lagi battle mingguan kat forum pergh.com…haih..rajin plak seminggu 2 ni layan lukis² nih…

mcm biasa bedal semua kt PSCS2 aje..ngan bantuan Wacom..belasah sudah.

KLCC dan Batik Bunga Api

Posted by odows under Fotografi

Salam semua…baru2 ni..hari jumaat lepas..23hb Nov 2007 aritu…bersamaan 13 Zulkaedah 1428…ada la TT(Teh Tarik) bersama rakan2 fotografer kat Nasi Kandar Pelita. Plan nak jumpa dalam kul 9 malam camtu lah…orait.

Kebetulan aritu aku sampai awal skit..Tarik kerusi, duduk. Haih lega rasa…letih gak dok usung khazanah peribadi hari2 ke huhu ke hilir…dpt duduk memang rasa nyaman kejap…ramai gak orang malam tu…port2 best dah org amik…mau tak mau duduk la kat tengah2 skit…tak kisah la kan..janji dpt tempat duduk…

Dah beberapa minit masa berlalu..rasa cam pelik skit..tunggu punya tunggu, seorang mamak pun buat tak tau je kat aku…hebat..hebat…rasa mcm aku ada super power je bole invisible mcm main chat..tp aku tak chat pun ngan mamak² kat situ…pelik sungguh. Aku tgk la kot2 dia perasan aku…rasanya dah lalu tepi aku 5 kali dah…Confirm aku mmg InvisibleMan malam tu…

KLCC_batikmas1

Lawa gak KLCC waktu malam…rasa tak jemu setiap kali mendongak ke langit menatap simbahan cahaya lampu dari merata sudut menerangi bangunan pencakar langit kebanggaan negara kita tu…Tp malam ni rasa lain skit…Bunyi muzik berdentum2 sekeliling tu..Nampak meriah semacam. Aku cuba intai² dr jauh…hmm..mmg ramai org sebelah sana..camna aku tak perasan…cis sungguh!

KLCC_batikmas2

Patut la meriah semacam..ada International Batik Festival rupanya…haram tak tau…opis je dekat situ…cis lg skali. Nasib la aku tergerak hati nak datang sini lepas jd InvisibleMan…Lagipun otai² yang aku tunggu pun tak sampai lagi..kira orait la tu.

KLCC_batikmas3

Sayang sungguh..aku bawak lens kontot je malam tu…mau tak mau..layan je la..nak zoom pun lebih kurang gak…adeh. Last² layan syok sendri sudah…belasah je lah labu…Model² yg meragakan rekaan fesyen batik pun tak kurang hebat…Terpaksa save as kt mata je la…apa bole buat…nak snap nampak cinonet je…kalau ada lensa 70-200mm 2.8f lain la citer…Ramai gak fotografer kat situ…macam2 senjata diorang pakai…naik segan plak aku..terpaksa la aku main jauh2…

Aku sampai masa tu pun…show dah nak abih…

KLCC_batikmas4

Bila abih je..tetiba je meletup² bungapi kat belakang stage tu…terkejut itik aku…Sekali lagi aku tensi sbb tak sangka ada bungapi malam tu…Kamera plak dah simpan masa tu…Aku berharap sgt..bungapi tu sekejap je supaya aku taknak kluar kamera dah…Sakit ati gak la..

Tapi sangkaanku meleset…lamaaaaa plak dia meletup…argghhhh! Dengan malu2 siput sedut aku selup jugak kamera dalam beg..snap jugak la kan…Yang lawak..punya la takut aku buat keja sia2..ye la..takut bila kluar kamera…tetiba je bungapi abih plak kan…tak nya malu..hahahahaha. Setting ke mana apa ke mana…main tekan je shutter…rileks dan kondifen je tekan mcm orang tak bersalah…

Tp mmg betul..kalau aku lambat 5 minit..mmg aku tak sempat snap bungapi tu…pehhh..nyaris2 buat keja sia2…

KLCC_batikmas5

Selesai je bungapi tu meletup, senyum kambing je aku nak review gambar2 yg dah amik tadi…Dalam hati cakap..’Mesti best punya lah…’ Kondifen gilos…

Dari senyum kambing…terus muka aku berubah jd senyum kelat tahap teh tanpa gula…peluh dingin makin tersejat…malam makin rasa gelap gelita…muzik yg kuat td makin perlahan…harapan aku kini ibarat asap² bungapi yang hilang ditiup angin malam…mula terasa mcm nak jd Hiro Nakamura…

Ya..gambar aku amik malam tu semua tak jd…wakakakakaka! dah la takde tripod..rasa mcm tangan Robocop je…Setting plak salah…adeh…1 tamparan yg hebat….kalau la aku lepak je terus kat restoran td lagi best…

Swamp Thing 2008?

Posted by odows under Ilustrasi

Ingat lg kt watak Swamp Thing? Sesapa makhluk yg lahir tahun 80an, kalau tak kenal watak ni…baik korang gi cari dan minum air paya kasi ingat balik…Kalau tak ingat jugak, google je..mesti jumpa.

Tak sangka siap jugak aku buat makhluk paya ni…Tetiba terajin nak render…makan hari gak nak siap..Ni battle mingguan kat forum Pergh.com .Layan je…sementara tengah ada mood. Korang jgn la bandingkan karakter asal ngan versi aku buat ni…ni dah versi redesign..versi lama tetap la cool kan…versi aku, ikut suka aku je…kira fanart la jugak…
swampthing

Wacom+PSCS2

Kalau agak² menakutkan…jgn tgk lama²..baik je makhluk ni..muka ganas, penyayang orgnya… :D Kalau nak tgk detail@full size..klik je kat gambar tu..