Archive

Archive for November, 2007

Gambar yg dirosakkan

November 10th, 2007

Haih..lain nak buat lain plak jadi…takpelah..kira xperimental jugak la ni…Dah lama tak layan edit² ni..Belasah!

sebelum rosak
Ini gambar ori yg tak bersalah..

Dan ini plak…

Selepas sketch

Gambar selepas terlebih layan edit…

Guna lebih kurang 11 layer..level+dodge/burn tool+color balance+photo filter+Shadow/Highlight+High Pass+ Add Noise+brush…tu je kot..ada sesapa nak tutorial? Kalau ada yg berminat lebih dr 10 org..aku buat..kekeke…

Salam.

Fotografik , , , , , , , ,

Gambar produk?

November 9th, 2007

Salam semua…jemput duduk…ok, kali ni aku tergatal skit nak try amik gambar ala2 konsep gitu..tak pernah try pun..tp dok tgk gambar kat net semua best2 belaka…Dari aritu nak try tp tak buat2 jugak…

Sebenarnya bukan topik ni aku nak update, tp dah alang2 terbuat..baik aku upload je dulu kan. Warming up dulu…cakap byk pun tak guna, tgk je lah…

D70s+17-50mm+Sb800+kulit pisang+selimut putih=

mindurstep

Exposure=Manual
shutter=1/80
aperture=f4
focal length=50mm
graphic=PSCS2

D70s+17-50mm+Sb800+spek murah+selimut putih=

imwatchingu

Exposure=Manual
shutter=1/60
aperture=f2.8
focal length=50mm
graphic=PSCS2

Tu je lah bole kongsi setakat ni…kalau ada sebarang pertanyaan, komen, cadangan etc dipersilakan…

Fotografik , , , , , , , , ,

Sebelum hobi baru…

November 1st, 2007

Salam sejahtera…Sebelum aku ceburi bidang fotografi, aku seorang yg minat melukis. Nak kata seorang pelukis komik…jauh lg status tu nak pegang. Lukisan pun tak seberapa. Ada gak cita? nak jd pelukis komik suatu ketika dulu. Tp keadaan dan tuntutan lain menyebabkan aku lupakan dulu angan? ni.

Semangat yg ada sekarang tak sama mcm semangat 3-4 tahun lepas masa aku mula? jinak dlm bidang komik@kartun ni. Bermula sebagai pereka grafik yg tak tau apa?…tp tetap nekad sbb tu lah kerja yg aku minat dr dulu…dr minatlah semua kerja dilakukan dgn penuh keikhlasan tanpa mengira apa?. Waktu siang aku buat layout majalah/tabloid(nama majalah dirahsiakan sbb aku taknak korang cari plak nanti..lgpun bukan majalah yg glamer..baik abaikan..kekeke),mmg aku rasa masa tu punya la susah nak siapkan 1 majalah tu…gila aah..dah la editor dok sebelah…tak kena terus dia bising…bingit siut…tambah plak ketidakterean aku buat layout masa tu, perghhh..cam nak demam pun ada nak siap satu-satu majalah tu..slow tahap siput sedut berenang kuak lentang la kira tahap slow aku masa tu…aku jeling senior sebelah…mak datuk jari dia main shortcut keyboard mcm main game je…laju mcm menaip surat cinta..sekali aku kelip mata, 10 kali jari dia dah tekan keyboard…lebih kurang camtu la teori aku. Kagum aku masa tu…lama aku menung, bila la nak tere camtu…cakap dlm hati je la. Kang cakap kuat?, tak pasal dia dengar terkembang plak hidung dia, akuuu jugak susah…Ok,berbalik pada citer asal…

Bila malam menjelma, aku lukis kartun. Kena buat kartun lawak..susah woo. Migrain gak nak dpt idea…maklum la pelukis amatur, lukis pun terkial-kial inikan nak dpt idea best lg memberangsangkan…Bila siap je, kita kena try bg kat org lain baca..mangsa terdekat bole cuba kat opismate yg masih ada..kalau diorang selesai baca tanpa ada bunyi hilai tawa…cari je idea lain…tak lawak la tu…tu cabaran yg perlu ada pada setiap kartunis. BUKAN senang nak bg org ketawa…kalau senyum skit pun kira orait la…

Pada masa sama, aku ada gak buat sketch utk komik sendiri…bermula dengan karakter, tempat, plot citer…seolah-olah nak buat filem..Sampai sekarang aku masih mengarang komik tu dlm kepala aku…dah hampir 5 tahun…tersimpan rapi dlm hardisk terhebat anugerah-Nya. Kalau aku berjaya suatu hari nanti, pasti aku buat animasi berdasarkan komik aku tu…cewah…angan? hebat tu…

Ok lah nanti aku sambung lg pasal angan? dan kisah lama? yg tak berapa best tu…Aku letak komik yg aku buat tahun 2004 ni dulu sebagai mukadimah dan semangat baru utk diri aku…Tajuk dia Arena Robotik…Skrip oleh saudara PanahArjuna…dia ni skang dah jd penulis novel..Ok,Selamat membaca.

r1.jpg r2.jpg r3.jpg r4.jpg r5.jpg r6.jpg

Komik , , , , , , , , ,