Odowsun Xtravaganza

Dari Mata Jatuh ke Kamera

Archive for December, 2007

Macam iklan krim kurang penuaan plak entry kali ni…tp semestinya bukan. Kesempatan ini, aku mencuba nasib buat sedikit tutorial yang tak seberapa nih..harap ada yang sudi mencubanya..bukan nak berlagak tere mcm Padayappa tapi sekadar berkongsi ilmu yang cetek lagi terbatas ni.

Sebelum tu, tutorial ni aku bukan nak tunjuk secara detail camna terhasilnya gambar ni…hanya sedikit trick camna menghasilkan ray of light secara maya dalam perisian yang tak asing lagi iaitu Adobe Photoshop atau dlm bahasa pasarnya, KedaiGambar Adobe.

Apa itu Ray of Light/Sinaran Cahaya?
Jangan cari kat Wikipedia apa itu Ray of Light..nanti kluar album lagu Madonna…cesss! Basket betul! Tipah ditipu! Tertipunya Tipah..huhuhuhu!

Ok, balik ke pangkal jalan…Pernah masuk hutan waktu pagi? Pernah tgk atap² bocor kt rumah kampung?Pernah tgk org masak gulai kawah kat majlis kenduri? Pernah tengok org masak megi dlm hutan? Pernah kena kejar ngan babi hutan sambil debu2 berterbangan? Ok, apa kaitan semua ni dengan ray of light yang aku nak bgtau ni..

Sekiranya kalian pernah terlibat secara langsung dengan situasi² yang aku sebut kat atas tu, sedikit sebanyak bole dapat gambaran camna rupa ray of light ni.

Situasi 1- Masuk hutan waktu pagi…ni jarang2 la nak jumpa ray of light melainkan waktu berkabus+cahaya kuat menembusi celah2 daun pokok. Biasanya orang tak berapa perasan pasal ni..kecuali org yang minat fotografi dan arts..dia akan alert benda2 camni. Tu pun kalau dia berminat pasal ray ni la, tp bagi aku yang baru cebur bidang foto ni…ray ni amat susah nak jumpa di kala teringin sangat nak shoot..kalau jumpa pun,gelabah pasal nak setting semua…last2 melepas jugak..

Situasi 2- Atap2 bocor…teringat betul kat kampung aku di Kedah…waktu kecik2 dulu mmg selalu nampak ray of light ni masuk celah² lubang atap…pehh..syahdu…kalau la masa tu dah ada DSLR, mesti best :p tp biasanya senang nampak waktu matahari dlm kul 10-11pagi camtu tatkala bila berlakunya pengorengan kat dapur…tak kisah la goreng apa² pun, janji ada asap…tak pun dari asap rokok dari perokok² dalam rumah tu…mmg jelas kelihatan…acapkali jugak aku suka bermain2 ngan ray tu…main tutup2 ngan tangan, sekejap ada..sekejap takde..ntah, amat susah aku nak explain camna aku main ngan ray tu…biarlah rahsia.

Situasi 3- Org masak gulai kawah..benda ni biasa aku nampak masa buat job wedding…ketika asap berkepul2 keluar, kena plak matahari terik masa tu..selalu nak snap tp jarang dpt yg best…takpe..nanti aku sertakan contoh bergambar..

Situasi 4- Masak megi dlm hutan…aku rasa nak cuba buat gak suatu hari nanti, masa zaman2 nakal dulu selalu gak masak megi dlm hutan ni…apa yang sedap tak tau la..padahal megi rasa asap je lebih…air mendidih pun idak,main sumbat je..suam2 kuku pun kira orait..masak kt umah lg best, 2 minit dah siap…punya la jakun nak makan megi dlm hutan…nak buat camna, pengaruh nak jd komander kuat sgt..tinggal tak tangkap ular, goreng je..kepala pun 2 kali berjahit..lastik burung,makan belalang kunyit,kena kejar kerbau,kena kejar ngan anjing toksah cakap la berapa kali…mcm2 lg lah..Ye lah, zaman jahiliah lg masa tu…semua buat rasa betul je…tak sedap pun cakap sedap gak…opss..terOT plak..ok2, balik ke pangkal jalan..biasanya masak megi atau apa2 dlm hutan, ray of light senang kelihatan..secara manual nak snap ray of light inilah masanya…gabungan asap+cahaya matahari@bulan@api tu sendri bole terhasilnya ray of light.

Situasi 5- Abaikan…tarak kena mengena ngan tutorial ni…

Ok, perhatikan perkataan² yang aku bold2 elemen ini lah yang menghasilkan ray of light pada alam nyata..Dalam Photoshop(PS) jugak bole hasilkan benda yang sama..tapi tak serupa :D

Pilih gambar yang sesuai

Diingatkan..tak semua gambar bole buat ray artificial ni ye..sila pilih gambar yang sesuai sahaja. Sedikit tips aku bole bagi, pilih gambar yang berunsur lighting yang cantik..biasanya ada 1 spot cahaya kuat dari 1 sumber. Kalau ada guna teknik CLS atau cahaya tambahan utk dpt side light, pastikan spot cahaya utama lebih kuat dr sumber lain. Gambar ‘eye level‘ jugak menarik utk digunakan..atau dr angle bawah..tu terpulang kepada korang. Yang paling utama, output gambar tu mesti dalam kepala camna hasilnya nanti.

tut1.jpg

Tengok gambar yang dipilih…tak sesuai sebenarnya…hahaha! Bagi tips kemain..kekeke! Cahaya 2 lagi terang dari cahaya 1, sbb faktor cuaca..mendung. Tapi tu bukan alasan utk aku jd malas nak edit malah jd perangsang utk aku buktikan kehebatan software kedaigambar ni..Walaucamnapun, bila aku tgk gambar ni..aku dah terbayang camna aku nak, tu yang penting. Aku guna CLS utk buat cahaya tambahan..tapi masalah lain plak muncul, shadow dr batu tu mmg mengacau sbb salah kami jugak tak guna stand utk bg tinggi cahaya tu..tapi lajak perahu bole undur, lajak snap gambar..bole delete. Tapi kalau delete, tarak la gambar nak edit..huhuhuhu. Moralnya, setting baik2 masa shoot gambar.

beforeafter.jpg

Ok, tgk proses sebelom dan selepas dulu…perhatikan baik² apa yang berbeza. Dan tgk image kat bawah, penggunaan layer yang aku guna..

layer.jpg

Banyak bukan? Tapi kalau korang tere, tak la sebanyak cam aku buat ni…Ok,jom ke tutorialnya..Terus terang cakap, kalau sesapa yg baru nak jinak2 dengan software ni..tolong paham betul² tools yang ada dalam tu, ok? Usaha lif kejayaan.

Step 1

step1.jpg

Copy layer..Drag layer Background tu kat tempat aku tunjuk tu, pastu lepas..Dia akan copy layer dr bawah tu, atau shortcut tekan ctrl+j..ni utk langkah berjaga2 kalau jadi apa2 kat gambar ori..tp kalau konfiden tak jadi apa2..tak yah la step ni.Pastu kalau nak rename layer tu pun bole..ikut suka korang.

Step 2

step2.jpg

Mulakan edit gambar camna nak, ni step utk dapat basic color yang diperlukan..terpulang jugak kepada gambar tu..kalau dah elok kaler dan exposure semua..step ni mungkin tak diperlukan…aku biasa guna ‘adjustment layer’ yang macam aku tunjuk tu..aku suka sbb kalau kita tak suka effect yg kita nak..kita bole on/off mata kat tepi tu dan bole adjust sesuka hati, atau bole delete terus kalau tak suka…ada jugak suka guna kat Image>Adjustment, pun bole jugak..cuma tak leh nak undo la kalau tak suka..tu pun terpulang kt individu camna nak guna. Pada step ni..aku guna hue/saturation..curve dan color balance. Try main2 utk dapatkan apa yang dikehendaki.

Step 3

step3.jpg

Step ni kena layan skit, ni pun bergantung kat gambar individu tu, nak bg nampak logik..aku kasi ‘dodge’ skit belakang tu kasi ‘light’ skit²…dodge ni bole menyebabkan noise pada gambar..harap dpt guna secara minima. Perhatikan kat batu yang ada shadow keras td tu, skang dah agak ‘soft’ skit hasil dodge tu..magik bukan? Kat sini kena peka skit..tak semua tempat bole dodge sebarangan…aku amik masa yang lama utk perhatikan gambar tu sekeliling. Logik kena amik kira..Selain dodge, burn tool jugak seronok digunakan utk gelapkan area yang nak..tu pandai2 la camna nak buat.

Step 4

step4.jpg

Selepas proses mencerahkan kawasan gelap dan sebaliknya dah berjaya..skang proses tampal menampal plak..Proses clone ni mmg kena teliti..sekiranya gambar korang takde masalah ni, sila abaikan step ni…camna nak guna clone tool ni..sila tgk Help kat software tu..

Step 5

step5.jpg

Basic ray…haa..ni lah part yang paling seronok. Ada pelbagai cara nak hasilkan ray artificial ni, salah satunya guna gradient tool. Takpun guna brush tool je..Step ni aku guna gradient kaler putih. Buat 1 layer baru, kalau taknak keliru bole rename ikut kehendak masing²…pastu amik gradient tool tu, tarik ikut tempat dr mana datang cahaya ikut dlm gambar.

stepgradient1.jpg

Ni aku sertakan camna nak setting guna gradient tu…selepas dah dpt gradient yg diimpikan, bole la buat vector mask. Konsep masking ni ibarat padam kawasan yg kita taknak..guna brush padamkan kawasan yang taknak nampak ray tu..layan jangan tak layan…sampai la siap kelihatan macam ray of light yg ok pada pandangan mata korang. Amik masa skit utk nampak puas hati.

Step 6

step6.jpg

Kalau tak puas hati lagi..bole tambah lg layer utk ‘ray’ tu…aku pun terbuat sampai 4 layer..konon ada depth la ray tu nanti..dan kat sini ada muslihat skit camna nak kasi real skit ray tu..perhatikan silap mata di bawah ni..

stepouter-glow.jpg

Tadaaaa! Tambah glow kat ray td..kalau korang rasa tak perlu..abaikan step ni..tp aku amat suka efek dr hidden trick ni..bole apply kat mana² layer ray korang kalau rasa perlu..

Step 7

step7n.jpg

Hiyahhh! Byk steps jugak rupanya…orait, lepas tu nak kasi nampak dramatik skit…buat layer baru utk ‘fog’ atau kabus..bole la guna brush tool dan letaklah kat mana² yang sesuai bagi nampak berkabus skit gambar tu…

Step 8

step8.jpg

Additional color layer..perhatikan gambarajah serta layer mode…semuanya guna gradient mcm buat ray pada Step 5…dan ada 1 layer ‘Adjustment layer’ utk Photo Filter…aku guna warming color utk bg timbul mood pada gambar..

Step 9

step9.jpg

Sudah hampir ke garisan penamat nampaknya…buat 1 lagi layer utk bg warm mood…perhatikan mode pada layer… aku guna kaler jingga dan gradient pada tempat yang sama macam layer ray..penggunaan kaler bergantung pada kreativiti korang k..kalau nak kaler cool..sepia..underwater..tu terpulang…

Step 10

step10_done.jpg

Siap! Aku ada buat sedikit ‘adjustment layer’ sama macam Step 2 utk naikkan kaler dan dramatik pada gambar…mudah bukan? Kalau nak tambah sharp ke..blur ke..glow ke..tu ikut kesesuaian dan kreativiti otak korang…ni hanya sebahagian sumbangan kecil aku pada dunia fotografi digital skang ni..Kalau ada yang tak paham..bole tanya aku k..kalau buat² tak paham..bole rasa luku aku k…C&C amat dialu²kan utk memantapkan lagi skills yang tak seberapa ni..Harap membantu utk memeriahkan lg fenomena fotografi kat Malaysia nih..

Selamat mencubatrytest!

Anonymous vs Unknown

Posted by odows under Komik

Komik lama..2004 punya.

Layan sudah…(Bz mode)

anonymous1jd.jpg

anonymous2jd.jpg

anonymous3jd.jpg

anonymous4jd.jpg

Ni ada versi kaler punya…poster wannabe. :D

posteranonymous.jpg

Sekian, selamat membaca..Jumpa lagi.