Page Artworks dah berisi…
Setelah sekian lama terabai…akhirnya berjaya gak aku kumpul sedikit sebanyak keje lama2 dan baru disumbatkan dlm page tuh…bila tgk balik keje2 lama..nak tergelak pun ada..tp semuanya dah jd sejarah dan kenangan tanpa kita menyedarinya..
Aku tau byk lg yang kurang dlm page tuh..ada lg beberapa slot yg nak aku sumbat dlm tu..aku cuba cari balik hasil seni aku selama aku berkeje bermula dr freelancer sampai makan gaji ke freelancer balik dan makan gaji balik dan keje kedua2nya serentak…seronok? hmmm…panda wannabe.
Masa tengah selongkar artworks lama, aku terjumpa lukisan nih..pehh..aku hampir terlupa akan projek nih…projek yg dijangka gah dan meletops(pada masa tu la) tp atas beberapa sebab2 yg tak dpt dielakkan…kami semua terpaksa akur dengan keadaan masa tu..sedih gak ketika semangat memuncak dan membuak2 meskipun kekurangan kakitangan nak buat, kami tetap bersemangat nak teruskan sampailah kami dpt notis yg memaksa semua bawak haluan masing2..hehehe..sadist but true.
NI 1 lg, kalau Ubder & Nurie tak bg peluang..mmg tak jd cover la lukisan nih..makaceh Umbra. Majalah Umbra(skang yg ada kt pasaran klon punya..kekeke) sebuah majalah komik cumel bersaiz A5 je..berformat B&W dan 100% komik tempatan dlm tuh..Aku tau ramai taktau pasal kewujudan komik ni dulu..anggap je lah Umbra ni komik underground yg mainstream..heh..
Byk kenangan lepak ngan geng Umbra nih…Nanti2 lah aku tulis kalau ada masa terluang..
oyehh..ni pun kalau abg Umbut tak bg peluang kt aku, sama gak la tak jd cover utk majalah Mato-Mato nih…Abg Umbut org yg bertanggungjawab bawak aku ke dunia penerbitan/komik/kartun malaysia nih…walaupun aku tak sepopular(memang org tak kenal pun..kekeke) abg Umbut@abg Burn tp aku bangga ngan dia..Aku rasa dia mmg bg byk peluang kt artis muda utk berkarya termasuk aku masa tuh..
Karya pertama aku tersiar kt majalah Toin-Toin tahun 2002 kot kalau tak silap..1 kartun lawak bangang yg aku tak sangka lepas utk dicetak dan diedar seluruh Malaysia…Kembang hidung gak la karya pertama tersiar..hishhh…mana ntah copy kartun tuh..Byk gak susah senang aku ngan abg Burn masa tuh..hehe..taknak citer lah..sedih..wakakaka! Skang abg Burn lebih tertumpu pada bidang penulisan dan pernah buat 1 buku cara2 utk melukis kartun terbitan PTS. Selain tu dia aktif buat bengkel melukis kartun ke merata tempat termasuk sekolah2 dan universiti..1 usaha yg patut direspek oleh semua org. Harap apa yg cuba diperjuangkannya selama ni akan terlaksana..amin…
Rasanya sampai sini je lah dulu karutan kali nih..tak bajet pun nak tulis panjang2..tp dah tertulis..harap korang terbaca lah..tu je..ok..tata. ![]()



