Pergh.com@Puasa@Lukis Banner
Lukisan Komik Banner Terpanjang anjuran Pekomik hampir menuju kemuncaknya…Masuk Malaysia Book of Records nih kalau tak silap…dulu pernah skali Lukisan Kartun Terpanjang..tp tak ingat berapa ratus meter..200m kot..tu pun masuk Malaysia book of records..yg Komik terpanjang nih anggaran dlm 400+m…harap info ni betul lah.
Ramai pelukis yg telah melibatkan diri dlm melukis komik terpanjang nih…tp malangnya, aku je blom menconteng apa2 kt situ..byk amik gambar je dr melukis..start dr Pesta Buku aritu sampai la minggu lepas(20/09/08). Target nak menyiapkan banner ni dalam bulan Oktober..tak lama dah tu…Harap lepas Raya nanti ramai la yg nak join termasuklah aku sendri…InsyaAllah.
Ahli forum Pergh.com antara ahli teramai yg melibatkan diri dlm melukis banner nih…Kebetulan Sabtu aritu(20hb), Pekomik anjurkan buka puasa beramai-ramai. Apalagi, ramai lah ahli Pergh.com ni yg turut serta. Tp hakikatnya, tak la ramai mana..ada la lebih dari 5 org tp kurang dr 20 orang..Namun begitu, kemeriahannya tetap best. Tiada yg best melainkan yg best2 belaka.Syabas kepada mereka yg hadir.
Antara mereka yang hadir ialah sedara Azhar(Presiden Pekomik yg peramah orangnya), Takoyakichan(jgn salah paham, dia seorang laki2 bermata hazel),Prizm, Lefty(Gempak), Invictus, Dinjer, Nurie, Skynet(nama mcm omputih-mesti tak kacak), Faezal dan org paling penting en Al Jonos Al Tuanpunya Studio lah..tanpa beliau, pasti kami semua melepak dan melukis banner di luar malah tiadalah tontonan DVD pada malam tersebut.
Antara juadah yg dibawa khas oleh sedara invictus…tp yg pasti bukan beliau yg membuatnya…beliau hanya menunjuk dan membayar lalu membawa ke studio al jonos utk dilantak bersama-sama jemaah yg hadir…Sedap wei.
Keayuan abg al jonos membuatkan ramai yg sanggup tido di studionya semalaman tanpa dipaksa…kelihatan sedara Lefty mengintai sesuatu dr phone serbaboleh beliau..
Lagi juadah yg menyebabkan peserta2 melakukan senaman telan airliur tanpa henti..
hanya invictus sj yang tau sbb apa ikan keli diberi nama catfish…walaupun ditentang abis-abisan sbb misai ikan keli mcm kucing tp beliau mempunyai hujahnya yg tersendiri…
cucur udang yg direserved oleh tuan presiden Pekomik..tp sayang, kelibatnya tidak kelihatan masa majlis berbuka…tp itu tidak mematahkan semangat peserta lain utk tidak menjamu selera terutama adik angkat presiden, En.Tako yg agak pendiam dan kejembuan orangnya…
Kesilapan teknikal camni..sering berlaku…nak fokus depan..terfokus belakang…hmm..
Spesis yg tidak bole disentuh oleh invictus…bole menyebabkan beliau akan bertukar jd Udangman…Sedara Tako juga tidak memakan spesis ini…Akuuu jugak untung sbb semeja ngan diorang…
Walaupun tak seramai mana..tp acara makan tetap meriah..telur itik masak lemak tu sedap wei..cuma aku konpius roti jala tu nak cicah ngan kuah apa…biasanya ngan kari ayam je…yg ada ayam goreng..takkan cicah ngan ayam goreng kot…
Tanda peace oleh Invic, atau mungkin nak order lg 2 biji telur itik…atau beliau baru mengeluarkan jari dr idungnya…ntah.
Ada peserta yg konpius adakah ini Faizal Tahir atau Nurie…tp Nurie pun konpius adakah dia sebenarnya Faizal Tahir atau sebaliknya..aku pun konpius..sebelah beliau..Faezal,pelukis komik yg hebat.
Setelah diberi amaran berulang2 akan dicucuk dengan tulang ikan keli..aku terpaksa merahsiakan wajah beliau…tp mata hazelnya jelas kelihatan..siapakah beliau?
Prizm dan Lefty sedang melayan komik dr sedara Faezal…mmg eksklusif…
En.Prizm datang ngan komik2 lamanya dan paling best dia jual pukal..komik omputih berharga lebih rm10 dijual 3 singgit..mcm jual karipap tuh..tanpa segan silu aku merembat byk gak la..tp yg best2 dah dirembat oleh mereka yg datang lebih awal. Jahat sungguh mereka itu. Manakala komik manga yg tebal mcm kamus dijual rm5 je…Aku yakin kalau manga yg berunsur 18PL mesti dah sold out…bak kata seorang peserta..”Aku beli yg ada pervert je” -sungguh pervert beliau itu, berkata2 tanpa riak bersalah diwajahnya di bulan mulia ini.
Beginilah caranya menuang air tebu ke dalam gelas…demo free oleh abg invic. Tau2 je lah rasa air tebu sejuk camna…
*Ada setengah gambar ada unsur 18SG, sila dapatkan izin ibubapa sebelum melihatnya. Segala kemungkinan perasaan yang bakal timbul adalah tanggungjawab sdn bhd.
Antara peserta awal yg tewas lepas berbuka…mungkin nak kumpul power.
Dewa yg keletihan selepas menyiapkan 3 roll banner secara solo…hebat beliau ini..
Apakah yg menyebabkan beliau jd begini…kelihatan ada buku burung di situ…apa kaitan semua ini…
Lepas kumpul power..masing2 dah ok balik..Dinjer pun dah sampai masa tu..tp misteri buku burung tu mmg masih menjadi misteri…
Jonos salah seorang org kuat Pekomik yg masih blur sbb menahan ngantuk…tp lepas borak2 citer pasal alam mistik…terus ilang ngantuk…tetapi aku plak yg ngantuk…
Lepas sahur kt kedai mamak…balik sambung tido…rasanya Dinjer je dok layan lukis kt banner…tp gambar ni cukup membuktikan kehebatan pelukisnya…dipercayai beliau melukis dengan menggunakan kaki…sampai terpelanting pensil merah mungkin sbb mengigau…
gambar2 penghabisan..
Beliau juga keletihan selepas melayan banner semalaman…wajahnya dirahsiakn.
Dinjer yg sedang menatap komik dengan penuh kyusuk disimbahi cahaya pagi yg indah menusuk kalbu…baru dlm kul 11 pg camtu aje…
Gambar last posing nan ayu seorang presiden, pengkarya, penulis, pelukis dan pekomik seblom aku berambus pulang…
Sekian..maceh.


Recent Comments