Odowsun Xtravaganza

Dari Mata Jatuh ke Kamera

Archive for October, 2008

Popcorn

Posted by odows under Komik, Sembang Kosong

Mintak maaf..ni bukan popcorn yg biasa kita makan tuh..ni versi takleh makan..cuma bole tgk je…walaupun tak kenyang diperut..tp tetap kenyang kt mata bila tgk..

Lepas dapat tahu ada spesis baru majalah/komik ni ada kt pasaran, aku terus pi cari. Tapi malang sungguh hampir seminggu..tak jumpa2 jugak. Dari info kawan2, kedai itu ini ada jual..tp bila pi cari tak jumpa termasuklah Kinokuniya kt KLCC, taktau kt mana silapnya.. mmg aku tak nampak majalah art ni kt situ…bkn aku sorang, rakan lain pun try gak cari tp tak jumpa..MPH pun ari2 gak aku masuk sampai kadang2 terpaksa cover buat2 cari buku lain…haih.

Tapi ntah macamana arini, lepas lunch tetiba tergerak hati nak masuk kedai buku Mynews sebelah Roti Boy kt KLCC…secara tak sangka dr jauh aku dah nampak majalah ni. Demi kepastian yg nyata, aku gi dekat2 belek2..dan merembat tanpa byk bicara sbb mmg kompem betul majalah ni yg aku cari2 selama ni..fuhh, tgk dr segi kualiti, aku rasa sgt berbaloi utk dijadikan koleksi baru.

Secara ikhlasnya aku dah lama tak beli majalah dr keluaran Gempakstarz nih..tp kali ni, produk baru ni mmg membuatkan aku terpaksa merabakkan semula poket seluar. Rm15.90 senaskah. Tp seperti aku cakap td, tak rugi beli. Kualiti best. Paper dan artworks semua superb.

Sekian lama aku merasakan matador arena komik ni makin suram ngan ’sesuatu’ yg best. Kini dah muncul obor baru menerangi kesuraman tu sekaligus menaikkan semangat peminat2 hasil seni anak tempatan seperti aku. Apa yg aku harap, Popcorn terus sukses di masa akan datang.

Demi membakar semangat pembaca lain..apa salahnya tgk preview ni skit…korang akan merana kalau majalah ni limited edition…cewah.

Cover yg menarik dr pelukis yg tidak asing lagi namanya di Malaysia atau di luar negara..Tan Eng Huat a.k.a Kutu. Disempurwarnakan oleh Siew.

Antara isi menarik dlam tu…

Lagi artworks meleleh dr anak tempatan…Pawe!

Artwork yg bisa mencairkan gadis2 seluruh dunia…pria2 pun cair gak kadang2..taknak ngaku je.

Nak tgk lebih2..sila dapatkan di kedai buku berhampiran poket seluar anda. Sekian Maceh. :D

Tertekan

Posted by odows under Sembang Kosong

Selepas insiden 2 ketul wacom aku tak berfungsi…kali ni lebih teruk…Cakera keras aku pulak berasap! Dalam bahasa syahdunya..Hard Disk Drive aku dah terbabow! Giler sakit ati tahap cikedis…

Ntah kat mana silapnya…selepas aku format pc selepas dijangkiti spyware yg taknak hilang walaupun dah pakai pelbagai antivirus yg dibeli dan didownload secara percuma, aku mencuba nasib dengan guna windows vista plak..org cakap power skit tahap daya tahan dia..dan ya..semestinya lepas format..segala spyware semua dah hilang..tp..masalah baru plak muncul..

Sbb motherboard aku versi tak berapa baru..n HDD lama aku pun byk yg guna IDE..n seketul je guna SATA..dan yg aku rasa problem sbb slot IDE ada 1 je..khas utk DVD ROM..sbb aku tamak nk guna lebih dr 1 hdd(ekceli sbb hdd lama ada byk..dr tak guna baik aku sumbat je dlm sia pc tu)..aku ada guna slot IDE tambahan..RAID namanya..tu pun selepas dpt khidmat nasihat dr org kt plaza lowyat beberapa lama dulu..cucuk kt PCI slot..masalah sblom ni tak timbul sbb aku guna windows xp..sbb vista ni agak baru(dah lama, cuma baru nak guna), ada setengah hardware mmg tak secocok atau tak stabil bila guna..tp dgn selamber aku guna gak natang tambahan tu..mula2 detect seperti biasa(hardware dah detect)..so segalanya berjalan ngan lancar lepas sesi meng’install’ windows baru dlm tu…

Rasanya dah byk tahun aku rajin format pc nih..so far so good. Seblom ni pun aku dah try install Vista dan semuanya ok je..tp masa tu scanner aku cap kelapa laut tu takde driver utk vista..aku dah cari kt net..mmg dah tak wujud jenama cap kelapa laut tu..isk2..aku tukar balik kt xp tanpa ragu2..isk2..lepas aku pk secara waras beberapa bulan kemudian..aku nk tukar balik ke vista lepas aku rasa sudah tiba masanya aku tukar ke scanner yg lebih cap kelapa afrika plak..isk2..tu pun sbb kebetulan dh nazak kena serang ngan spyware..semuanya seperti dirancang..

Tp kali ni dah benda nk jadi…HDD IDE yg lain taknak detect plak..taktau la kt mana silap settingnya…owh..mungkin ‘jumper’ tak set..off pc..set jumper..1 master(HDD SATA)..2 lg jd slave(HDD IDE@PATA)..done!

On balik…

Apa ni? sama gak..tiada apa2 berlaku..buang balik jumper..tukar kabel IDE dvd rom n cucuk 1 lg kt HDD 2..1 lg HDD IDE(HDD 3) cucuk kt RAID…

Berjaya!..

Tapi..yg kt RAID tu tak detect..set lg jumper..sama gak..tiada apa2 berlaku..masa ni hampir2 biru mata hitamku nk jd hijau dah…ngan kuasa penenang tahap Bruce Banner, keadaan jd normal balik..fuh.

So takpe..aku rasa mmg vista taknak terima benda lama..mmg eksen tahap gaban. Aku terpaksa berpuas hati ngan 2 hdd(SATA & HDD 2) je dlm tu..aku cabut RAID tu..ngan HDD 3 yg 1 lg..sblom ni aku cuba setting yg sama kt kabel IDE ngan dvd rom tu..hdd 3 ni mmg ada masalah..tu yg bertambah sakit ati..dah la byk benda penting dlm tu..mmg sakit ati bila memikirkannya…ahhhh…oooooo…ooooOOOoooo…eeeEEEE (bunyi gajah berlari2)..

Aku terpaksa akur..aku dah cuba yg terbaik..tp masalah tetap tak selesai..bukan takleh selesai..cuma tak jumpa lg..masalah yg takleh selesai ialah kiamat je..

Oleh itu..kesimpulannya, aku cadangkan kt diri sendri..jdkan hdd 3 sbagai external je lah..so dengan sebulat suara tanpa bantahan dr pihak lain..aku pun buat seperti yg dicadangkan…casing external lama mmg dah ada yg lama tu..so sesi Macgyver pun bermula..

Bila semua dah ready..aku cucuk kt USB..on je..kepuff! PC restart! wat da F…lg sekali penafasan Bruce Banner diulangi utk mengelakkan sesuatu yg tidak diingini berlaku…

Lepas beberapa ketika..aku cuba lg sekali…

Kali ni mmg aku berjaya…

YES! aku berjaya merosakkan hdd tersebut..kepulan asap putih kelihatan…bau hangit menusuk hidung…aku off pc dengan kadar kelajuan 0.005 saat..seraya merenung hdd tu dengan renungan yg paling sedih dlm hidup…

sekian maceh!

Kat sini aku nk mintak jasa baik korang or rakan2 korang yg ada spesis hdd camni..tolong PM aku ye..firasat aku mengatakan hdd ni dpt dibaikpulih sekiranya aku jumpa model yg sama seperti aku petakmerahkan mcm gambar kt atas…kalau ada yg nk jual lg bagus…mmg aku try cari kt net dan dah jumpa kt ebay..tp harga agak bole tahan..tapi takpa…plaza Lowyat masih ada.. :D kerja2 Macgyver akan dijalankan sekiranya aku jumpa hdd yg sama..doa utk ku..kalau berjaya, hdd lama korang yg rosak ada harapan utk di’recovery’ semula..walaupun ada yg akan kata aku gila buat camtu..tp aku yakin 1 perkara..org yg berani gagal insyaAllah berjaya..cewah!

Sebelum ada org nak boo aku sbb tak backup kerja, lupakan je la..aku dah buat sblom tu..cuma tak 100% je la..hahahaha! Boooo utk diri sendri..weeek!

p/s: Apa yg terjadi mesti ada hikmahnya…

Makan Gelak Kerja

Posted by odows under Fotografi, Sembang Kosong

Selagi bulan Syawal tak abih..sana sini open house. Ada je jemputan setiap minggu. Mana sempat pegi, makan free la jawabnya..ada jugak rumah kawan yg tak sempat singgah..Sori kt sesapa yg jemput tu..lenkali sila ajak lg ye…InsyaAllah sampai jugak nanti. :D

Semalam pun ada jugak jamuan raya kt opis nih…biasanya aku akan jd tukang shoot lah kalau ada majlis2 camni..tu yg best. hehe. Tiap2 tahun mesti ada..biasa la kalau dah makan free nih..mesti la ramai yg datang…Cuma kali ni banyak muka2 baru yg aku baru nampak..maklumlah byk sgt opis sana sini..waktu camnilah nak berkumpul dan berjumpa semua. Biasalah mana2 pun org silih berganti…arini mungkin orang lain..esok lusa mungkin aku plak ke.. sapa tahu kan :D Asyik2 muka ni je tiap2 tahun..hehe.

Ok lah, tanpa melengahkan masa..jom tgk gambar2 di bawah..

Ini adalah drama spontan yg tidak berlaku pada hari kejadian…Semua adalah rekaan semata2.

ods_5891-800x600.jpg

Segalanya bermula bila mereka jejak kaki ke sini..

ods_5893-800x600.jpg

Kelihatan wajah2 mereka yg tidak dpt bersabar lagi ngan hidangan juadah di depan mata..serba serbi menjadi pantas..

ods_5899-800x600.jpg

Pinggan yg membukit tadi makin susut dalam beberapa minit sahaja..

ods_5900-800x600.jpgAbang2 ABC pun makin laju memusing ais dek tekanan permintaan yg tinggi dr mereka yg hadir…

ods_5901-800x600.jpg

En R dan En Z melagakan gelas menandakan pakatan mereka akan berlangsung sebentar lagi..

ods_5903-800x600.jpgKemunculan En Zz aka En T(berbaju melayu maroon 5) dari cawangan Subang juga suatu kejutan besar..

En T: “Mana pinggan paling besar?”

ods_5910-800x600.jpg

En T : “Hahahahahaha! Berjaya jugak aku merembat murtabak sampai habih dengan bantuan pinggan besar ini..Hahahaha..Tu la, sapa suruh hidang makanan feveret aku..hahahaha!”

ods_5914-800x600.jpg

Mr S : “Amoi, mintak skit u punya murtabak…td ada org sudah angkat abih licin woo..”

Cik M : “Bole..bole..tp sekeping cukup aa..i pun pow kat org tu jugak..”

ods_5915-800x600.jpg

En T : “Hahahahampeh! Camana la diorang tau aku yg amik semua..terpaksa gak la bg skit..Takpe..takpe..”

Tapi kisah di sudut lain pulak…lain pulak ceritanya…

ods_5917-800x600.jpg

En U : “Hello..Murtabak Sdn Bhd ke tu? Kami nk order lg 8 biji murtabak..ye..lagi 8 bijik lori penuh murtabak..bekalan dah abih ni..secepat mungkin ye..”

ods_5918-800x600.jpg

En S (bebaju kotak) : “Hihihihi..apa la diorang tuh..mmg la tak cukup..kita yg bedal semua..kan En R kan..hihihi”

En R : “ya..betul tu..sebenarnya kami yg abihkan semua murtabak kt depan tu…hahahaha…hihihi..”

ods_5920-800x600.jpg

En R : “Mari kita meraikan kejayaan pakatan kita ini..meh aku suap..hahahaha!”

En S : “Ko biar betul en R..aaaa”

Walaupun telah dilarang berulang kali oleh rakan2 lain..mereka tetap selambar berjenaka seperti ini…aku terpaksa gagahi jugak kudrat yg ada utk dptkan shot ini..wajah mereka jugak perlu dirahsiakan.. :D

ods_5926-800x600.jpg

En K : “Ko shoot pencuri murtabak ke Jang?”

En U : “Tak…tgh cari sapa yg amik murtabak aku td..”

ods_5928-800x600.jpg

Kerana terlalu marah sbb kehabisan murtabak..En IST terpaksa tunjuk kehebatan beliau yg sebenar…

ods_5963-800x600.jpg

Selepas ditenangkan oleh En S.A keadaan pun kembali seperti biasa..

ods_5968-800x600.jpg

Cik R : “Apa? Lori murtabak terbalik? Semua terbalik? isk2..takde rezeki la tu..takpe2..kami pun nak balik dah ni..kira kensel je lah antar ye..hihihi..”

ods_5982-800x600.jpgAkhirnya mesyuarat tergempar terpaksa diadakan…

En A : “Apalagi kita bole order selain murtabak?”

ods_5984-800x600.jpgEn R : “Hmmm…Pizza cam best gak..”

ods_6000-800x600.jpgEn J : “Pizza ke apa ke..janji bole makan..yeyeah!”

Begitulah alkisahnya…jamuan semalam mmg meriah pun..lepas amik beberapa keping gambar..aku pun chow gak..utk bebudak opis yg nk gambar2 ni..nanti aku letak utk download versi tak edit punya..salam. :D

*updated : gambar utk dimuatturun infusion_raya08 (51)