Makan Gelak Kerja
Selagi bulan Syawal tak abih..sana sini open house. Ada je jemputan setiap minggu. Mana sempat pegi, makan free la jawabnya..ada jugak rumah kawan yg tak sempat singgah..Sori kt sesapa yg jemput tu..lenkali sila ajak lg ye…InsyaAllah sampai jugak nanti.
Semalam pun ada jugak jamuan raya kt opis nih…biasanya aku akan jd tukang shoot lah kalau ada majlis2 camni..tu yg best. hehe. Tiap2 tahun mesti ada..biasa la kalau dah makan free nih..mesti la ramai yg datang…Cuma kali ni banyak muka2 baru yg aku baru nampak..maklumlah byk sgt opis sana sini..waktu camnilah nak berkumpul dan berjumpa semua. Biasalah mana2 pun org silih berganti…arini mungkin orang lain..esok lusa mungkin aku plak ke.. sapa tahu kan
Asyik2 muka ni je tiap2 tahun..hehe.
Ok lah, tanpa melengahkan masa..jom tgk gambar2 di bawah..
Ini adalah drama spontan yg tidak berlaku pada hari kejadian…Semua adalah rekaan semata2.
Segalanya bermula bila mereka jejak kaki ke sini..
Kelihatan wajah2 mereka yg tidak dpt bersabar lagi ngan hidangan juadah di depan mata..serba serbi menjadi pantas..
Pinggan yg membukit tadi makin susut dalam beberapa minit sahaja..
Abang2 ABC pun makin laju memusing ais dek tekanan permintaan yg tinggi dr mereka yg hadir…
En R dan En Z melagakan gelas menandakan pakatan mereka akan berlangsung sebentar lagi..
Kemunculan En Zz aka En T(berbaju melayu maroon 5) dari cawangan Subang juga suatu kejutan besar..
En T: “Mana pinggan paling besar?”
En T : “Hahahahahaha! Berjaya jugak aku merembat murtabak sampai habih dengan bantuan pinggan besar ini..Hahahaha..Tu la, sapa suruh hidang makanan feveret aku..hahahaha!”
Mr S : “Amoi, mintak skit u punya murtabak…td ada org sudah angkat abih licin woo..”
Cik M : “Bole..bole..tp sekeping cukup aa..i pun pow kat org tu jugak..”
En T : “Hahahahampeh! Camana la diorang tau aku yg amik semua..terpaksa gak la bg skit..Takpe..takpe..”
Tapi kisah di sudut lain pulak…lain pulak ceritanya…
En U : “Hello..Murtabak Sdn Bhd ke tu? Kami nk order lg 8 biji murtabak..ye..lagi 8 bijik lori penuh murtabak..bekalan dah abih ni..secepat mungkin ye..”
En S (bebaju kotak) : “Hihihihi..apa la diorang tuh..mmg la tak cukup..kita yg bedal semua..kan En R kan..hihihi”
En R : “ya..betul tu..sebenarnya kami yg abihkan semua murtabak kt depan tu…hahahaha…hihihi..”
En R : “Mari kita meraikan kejayaan pakatan kita ini..meh aku suap..hahahaha!”
En S : “Ko biar betul en R..aaaa”
Walaupun telah dilarang berulang kali oleh rakan2 lain..mereka tetap selambar berjenaka seperti ini…aku terpaksa gagahi jugak kudrat yg ada utk dptkan shot ini..wajah mereka jugak perlu dirahsiakan..
En K : “Ko shoot pencuri murtabak ke Jang?”
En U : “Tak…tgh cari sapa yg amik murtabak aku td..”
Kerana terlalu marah sbb kehabisan murtabak..En IST terpaksa tunjuk kehebatan beliau yg sebenar…
Selepas ditenangkan oleh En S.A keadaan pun kembali seperti biasa..
Cik R : “Apa? Lori murtabak terbalik? Semua terbalik? isk2..takde rezeki la tu..takpe2..kami pun nak balik dah ni..kira kensel je lah antar ye..hihihi..”
Akhirnya mesyuarat tergempar terpaksa diadakan…
En A : “Apalagi kita bole order selain murtabak?”
En R : “Hmmm…Pizza cam best gak..”
En J : “Pizza ke apa ke..janji bole makan..yeyeah!”
Begitulah alkisahnya…jamuan semalam mmg meriah pun..lepas amik beberapa keping gambar..aku pun chow gak..utk bebudak opis yg nk gambar2 ni..nanti aku letak utk download versi tak edit punya..salam.
*updated : gambar utk dimuatturun infusion_raya08 (65)














Recent Comments