Tertekan
Selepas insiden 2 ketul wacom aku tak berfungsi…kali ni lebih teruk…Cakera keras aku pulak berasap! Dalam bahasa syahdunya..Hard Disk Drive aku dah terbabow! Giler sakit ati tahap cikedis…
Ntah kat mana silapnya…selepas aku format pc selepas dijangkiti spyware yg taknak hilang walaupun dah pakai pelbagai antivirus yg dibeli dan didownload secara percuma, aku mencuba nasib dengan guna windows vista plak..org cakap power skit tahap daya tahan dia..dan ya..semestinya lepas format..segala spyware semua dah hilang..tp..masalah baru plak muncul..
Sbb motherboard aku versi tak berapa baru..n HDD lama aku pun byk yg guna IDE..n seketul je guna SATA..dan yg aku rasa problem sbb slot IDE ada 1 je..khas utk DVD ROM..sbb aku tamak nk guna lebih dr 1 hdd(ekceli sbb hdd lama ada byk..dr tak guna baik aku sumbat je dlm sia pc tu)..aku ada guna slot IDE tambahan..RAID namanya..tu pun selepas dpt khidmat nasihat dr org kt plaza lowyat beberapa lama dulu..cucuk kt PCI slot..masalah sblom ni tak timbul sbb aku guna windows xp..sbb vista ni agak baru(dah lama, cuma baru nak guna), ada setengah hardware mmg tak secocok atau tak stabil bila guna..tp dgn selamber aku guna gak natang tambahan tu..mula2 detect seperti biasa(hardware dah detect)..so segalanya berjalan ngan lancar lepas sesi meng’install’ windows baru dlm tu…
Rasanya dah byk tahun aku rajin format pc nih..so far so good. Seblom ni pun aku dah try install Vista dan semuanya ok je..tp masa tu scanner aku cap kelapa laut tu takde driver utk vista..aku dah cari kt net..mmg dah tak wujud jenama cap kelapa laut tu..isk2..aku tukar balik kt xp tanpa ragu2..isk2..lepas aku pk secara waras beberapa bulan kemudian..aku nk tukar balik ke vista lepas aku rasa sudah tiba masanya aku tukar ke scanner yg lebih cap kelapa afrika plak..isk2..tu pun sbb kebetulan dh nazak kena serang ngan spyware..semuanya seperti dirancang..
Tp kali ni dah benda nk jadi…HDD IDE yg lain taknak detect plak..taktau la kt mana silap settingnya…owh..mungkin ‘jumper’ tak set..off pc..set jumper..1 master(HDD SATA)..2 lg jd slave(HDD IDE@PATA)..done!
On balik…
Apa ni? sama gak..tiada apa2 berlaku..buang balik jumper..tukar kabel IDE dvd rom n cucuk 1 lg kt HDD 2..1 lg HDD IDE(HDD 3) cucuk kt RAID…
Berjaya!..
Tapi..yg kt RAID tu tak detect..set lg jumper..sama gak..tiada apa2 berlaku..masa ni hampir2 biru mata hitamku nk jd hijau dah…ngan kuasa penenang tahap Bruce Banner, keadaan jd normal balik..fuh.
So takpe..aku rasa mmg vista taknak terima benda lama..mmg eksen tahap gaban. Aku terpaksa berpuas hati ngan 2 hdd(SATA & HDD 2) je dlm tu..aku cabut RAID tu..ngan HDD 3 yg 1 lg..sblom ni aku cuba setting yg sama kt kabel IDE ngan dvd rom tu..hdd 3 ni mmg ada masalah..tu yg bertambah sakit ati..dah la byk benda penting dlm tu..mmg sakit ati bila memikirkannya…ahhhh…oooooo…ooooOOOoooo…eeeEEEE (bunyi gajah berlari2)..
Aku terpaksa akur..aku dah cuba yg terbaik..tp masalah tetap tak selesai..bukan takleh selesai..cuma tak jumpa lg..masalah yg takleh selesai ialah kiamat je..
Oleh itu..kesimpulannya, aku cadangkan kt diri sendri..jdkan hdd 3 sbagai external je lah..so dengan sebulat suara tanpa bantahan dr pihak lain..aku pun buat seperti yg dicadangkan…casing external lama mmg dah ada yg lama tu..so sesi Macgyver pun bermula..
Bila semua dah ready..aku cucuk kt USB..on je..kepuff! PC restart! wat da F…lg sekali penafasan Bruce Banner diulangi utk mengelakkan sesuatu yg tidak diingini berlaku…
Lepas beberapa ketika..aku cuba lg sekali…
Kali ni mmg aku berjaya…
YES! aku berjaya merosakkan hdd tersebut..kepulan asap putih kelihatan…bau hangit menusuk hidung…aku off pc dengan kadar kelajuan 0.005 saat..seraya merenung hdd tu dengan renungan yg paling sedih dlm hidup…
sekian maceh!
Kat sini aku nk mintak jasa baik korang or rakan2 korang yg ada spesis hdd camni..tolong PM aku ye..firasat aku mengatakan hdd ni dpt dibaikpulih sekiranya aku jumpa model yg sama seperti aku petakmerahkan mcm gambar kt atas…kalau ada yg nk jual lg bagus…mmg aku try cari kt net dan dah jumpa kt ebay..tp harga agak bole tahan..tapi takpa…plaza Lowyat masih ada..
kerja2 Macgyver akan dijalankan sekiranya aku jumpa hdd yg sama..doa utk ku..kalau berjaya, hdd lama korang yg rosak ada harapan utk di’recovery’ semula..walaupun ada yg akan kata aku gila buat camtu..tp aku yakin 1 perkara..org yg berani gagal insyaAllah berjaya..cewah!
Sebelum ada org nak boo aku sbb tak backup kerja, lupakan je la..aku dah buat sblom tu..cuma tak 100% je la..hahahaha! Boooo utk diri sendri..weeek!
p/s: Apa yg terjadi mesti ada hikmahnya…

Recent Comments