Archive

Archive for the ‘Sembang Kosong’ Category

Sang Gagak

November 5th, 2008

the-crow.jpg

Dah la hitam, suka selongkar sampah, makan pulak tu..peh, sungguh hina sang gagak dikeji dan dihina malah siap ada pertandingan menembak gagak…hebat manusia. Padahal secara logiknya, setiap makhluk ciptaanNya ada fungsi tersendiri..Ark! Ark! Sang gagak terbang mencari makan…

Gagak pemakan sampah…sampah datang dr mana plak…Bila sampah banyak, gagak akan datang utk mem’bersih’nya..tapi seringkali disalaherti. Tembak! Tembak! ark! ark! bwekk..tak kena!..tak kena! Ark! ark! Terbang sang gagak mencari perlindungan sementara.

Sang gagak keluar mencari makan..makanan sisa manusia..Sang gagak tiada segan silu..merampas apa sj di depan mata…Mati kau gagak! Ark! Ark! Bwekkk! Sang gagak terbang membawa makanan.

Sang gagak hanya tahu makan…makan sampah dr manusia…manusia bijak tidak membuang sampah. Sang gagak jua disalahkan…Ark! Ark! Sang gagak terbang mencari makan…

Sebusuk-busuk, seteruk-teruk, sehitam-hitam gagak…matinya tidak pernah menjadi bangkai. Itulah hebatnya ciptaan Allah..Ark! Ark! Sang gagak terbang membawa diri..

Sekian.

p/s-Karam Singh Walia pernah bermadah, “Hitam gagak tiada siapa yang mencelupnya” :D

Fotografi, Fotografik, Sembang Kosong , ,

Jamuan Raya Terakhir 2008

November 3rd, 2008

Akhirnya bulan Syawal dah pun berlalu..selain hari bersejarah bg aku pada tarikh 31hb oktober, jamuan ni pun kira penutup jamuan bg Raya 2008..tp nk ikut tarikh betul..31 oktober dah 2 Zulkaedah..hehe..tp..belasah je lah. Janji makan!

Gambar selebihnya bole la download ye..Kali ni aku cuba2 edit guna Picasa 3..orait jugak utk keja cepat..belasah.

kforce_raya08 (86) Jamuan K-Force

infusion_raya08 (65) Yang ni gambar2 kt HQ tempohari yg aku dah janji nk letak..Download sementara stok masih ada. :D

Sekian, maceh.

*Nota tambahan : Kalau file takleh bukak atau rosak..try tukar .zip ke .rar..rasanya pasti tiada masalah. Selamat mencuba. :D

Fotografi, Sembang Kosong , , ,

Popcorn

October 30th, 2008

Mintak maaf..ni bukan popcorn yg biasa kita makan tuh..ni versi takleh makan..cuma bole tgk je…walaupun tak kenyang diperut..tp tetap kenyang kt mata bila tgk..

Lepas dapat tahu ada spesis baru majalah/komik ni ada kt pasaran, aku terus pi cari. Tapi malang sungguh hampir seminggu..tak jumpa2 jugak. Dari info kawan2, kedai itu ini ada jual..tp bila pi cari tak jumpa termasuklah Kinokuniya kt KLCC, taktau kt mana silapnya.. mmg aku tak nampak majalah art ni kt situ…bkn aku sorang, rakan lain pun try gak cari tp tak jumpa..MPH pun ari2 gak aku masuk sampai kadang2 terpaksa cover buat2 cari buku lain…haih.

Tapi ntah macamana arini, lepas lunch tetiba tergerak hati nak masuk kedai buku Mynews sebelah Roti Boy kt KLCC…secara tak sangka dr jauh aku dah nampak majalah ni. Demi kepastian yg nyata, aku gi dekat2 belek2..dan merembat tanpa byk bicara sbb mmg kompem betul majalah ni yg aku cari2 selama ni..fuhh, tgk dr segi kualiti, aku rasa sgt berbaloi utk dijadikan koleksi baru.

Secara ikhlasnya aku dah lama tak beli majalah dr keluaran Gempakstarz nih..tp kali ni, produk baru ni mmg membuatkan aku terpaksa merabakkan semula poket seluar. Rm15.90 senaskah. Tp seperti aku cakap td, tak rugi beli. Kualiti best. Paper dan artworks semua superb.

Sekian lama aku merasakan matador arena komik ni makin suram ngan ’sesuatu’ yg best. Kini dah muncul obor baru menerangi kesuraman tu sekaligus menaikkan semangat peminat2 hasil seni anak tempatan seperti aku. Apa yg aku harap, Popcorn terus sukses di masa akan datang.

Demi membakar semangat pembaca lain..apa salahnya tgk preview ni skit…korang akan merana kalau majalah ni limited edition…cewah.

Cover yg menarik dr pelukis yg tidak asing lagi namanya di Malaysia atau di luar negara..Tan Eng Huat a.k.a Kutu. Disempurwarnakan oleh Siew.

Antara isi menarik dlam tu…

Lagi artworks meleleh dr anak tempatan…Pawe!

Artwork yg bisa mencairkan gadis2 seluruh dunia…pria2 pun cair gak kadang2..taknak ngaku je.

Nak tgk lebih2..sila dapatkan di kedai buku berhampiran poket seluar anda. Sekian Maceh. :D

Komik, Sembang Kosong , ,