Farheen Jannah

August 18th, 2010
day14

Salam Al Mubarak..

Diam tak diam dah seminggu kita menjalani ibadah puasa-antara tuntutan dalam rukun Islam yang wajib dilaksanakan. Alhamdulillah…Harap semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

Bila masuk bulan puasa, biasanya aktiviti amik gambar hampir kepada sifar. Waktu ni lah kebanyakkan fotografer amik peluang nk antar servis kamera pelbagai. Tak kurang  jugak yang nak siapkan album kawen utk client. Mungkin ada yang tak kira masa shoot sj 24 jam..dah hobi/minat takleh nk halang dah :) Tak kisah nk buat apa janji bahagia. Jangan shoot jiran sebelah tengah mandi dah la..kang ada yg makan baldi dalam bulan puasa ni…tak pun makan berus jamban..mau ilang selera sampai puasa 6..

Berbalik kepada tajuk asal…

Inilah subjek terbaru aku dalam fotografi..sehingga hari ni aku cuba tidak terlepas untuk menangkap sekurang2nya sekeping gambar sehari. Ada setengah gambarnya setakat shoot utk tangkap muat sj sebab biasanya bayi byk tido je..tiada aksi yg menarik kecuali mmg kena tunggu…

Walupun penat lepas balik keje, tapi bila sampai umah tgk si kecil ni mmg hilang segala penat dan itu juga pemangkin semangat bg aku terus menangkap gambar..Seronok bila tgk transisi yang berlaku dr hari ke hari…inilah kenikmatan hidup sebagai seorang ayah…

Farheen Jannah diberi nama yang bermaksud Kegembiraan Syurga..dan semoga dia juga membawa kegembiraan kepada kami sekeluarga, InsyaAllah…

Sampai bila aku akan terus mengambil gambarnya?

Masih tiada jawapan…

Ini adalah sebahagian gambar dr umurnya 3 hari hingga ke 31 hari…