Odowsun Xtravaganza

Dari Mata Jatuh ke Kamera

Lukisan Komik Banner Terpanjang anjuran Pekomik hampir menuju kemuncaknya…Masuk Malaysia Book of Records nih kalau tak silap…dulu pernah skali Lukisan Kartun Terpanjang..tp tak ingat berapa ratus meter..200m kot..tu pun masuk Malaysia book of records..yg Komik terpanjang nih anggaran dlm 400+m…harap info ni betul lah.

Ramai pelukis yg telah melibatkan diri dlm melukis komik terpanjang nih…tp malangnya, aku je blom menconteng apa2 kt situ..byk amik gambar je dr melukis..start dr Pesta Buku aritu sampai la minggu lepas(20/09/08). Target nak menyiapkan banner ni dalam bulan Oktober..tak lama dah tu…Harap lepas Raya nanti ramai la yg nak join termasuklah aku sendri…InsyaAllah.

Ahli forum Pergh.com antara ahli teramai yg melibatkan diri dlm melukis banner nih…Kebetulan Sabtu aritu(20hb), Pekomik anjurkan buka puasa beramai-ramai. Apalagi, ramai lah ahli Pergh.com ni yg turut serta. Tp hakikatnya, tak la ramai mana..ada la lebih dari 5 org tp kurang dr 20 orang..Namun begitu, kemeriahannya tetap best. Tiada yg best melainkan yg best2 belaka.Syabas kepada mereka yg hadir.

Antara mereka yang hadir ialah sedara Azhar(Presiden Pekomik yg peramah orangnya), Takoyakichan(jgn salah paham, dia seorang laki2 bermata hazel),Prizm, Lefty(Gempak), Invictus, Dinjer, Nurie, Skynet(nama mcm omputih-mesti tak kacak), Faezal dan org paling penting en Al Jonos Al Tuanpunya Studio lah..tanpa beliau, pasti kami semua melepak dan melukis banner di luar malah tiadalah tontonan DVD pada malam tersebut.

pergh01.jpgAntara juadah yg dibawa khas oleh sedara invictus…tp yg pasti bukan beliau yg membuatnya…beliau hanya menunjuk dan membayar lalu membawa ke studio al jonos utk dilantak bersama-sama jemaah yg hadir…Sedap wei.

pergh02.jpgKeayuan abg al jonos membuatkan ramai yg sanggup tido di studionya semalaman tanpa dipaksa…kelihatan sedara Lefty mengintai sesuatu dr phone serbaboleh beliau..

pergh03.jpgLagi juadah yg menyebabkan peserta2 melakukan senaman telan airliur tanpa henti.. ;)

pergh04.jpghanya invictus sj yang tau sbb apa ikan keli diberi nama catfish…walaupun ditentang abis-abisan sbb misai ikan keli mcm kucing tp beliau mempunyai hujahnya yg tersendiri…

pergh05.jpgcucur udang yg direserved oleh tuan presiden Pekomik..tp sayang, kelibatnya tidak kelihatan masa majlis berbuka…tp itu tidak mematahkan semangat peserta lain utk tidak menjamu selera terutama adik angkat presiden, En.Tako yg agak pendiam dan kejembuan orangnya…

pergh06.jpgiklan tetap ada…

pergh07.jpgkasi laluan iklan dulu…

pergh08.jpgKesilapan teknikal camni..sering berlaku…nak fokus depan..terfokus belakang…hmm..

pergh09.jpgSpesis yg tidak bole disentuh oleh invictus…bole menyebabkan beliau akan bertukar jd Udangman…Sedara Tako juga tidak memakan spesis ini…Akuuu jugak untung sbb semeja ngan diorang…

pergh10.jpgWalaupun tak seramai mana..tp acara makan tetap meriah..telur itik masak lemak tu sedap wei..cuma aku konpius roti jala tu nak cicah ngan kuah apa…biasanya ngan kari ayam je…yg ada ayam goreng..takkan cicah ngan ayam goreng kot…

pergh11.jpgTanda peace oleh Invic, atau mungkin nak order lg 2 biji telur itik…atau beliau baru mengeluarkan jari dr idungnya…ntah.

pergh12.jpgAda peserta yg konpius adakah ini Faizal Tahir atau Nurie…tp Nurie pun konpius adakah dia sebenarnya Faizal Tahir atau sebaliknya..aku pun konpius..sebelah beliau..Faezal,pelukis komik yg hebat.

pergh13.jpgSetelah diberi amaran berulang2 akan dicucuk dengan tulang ikan keli..aku terpaksa merahsiakan wajah beliau…tp mata hazelnya jelas kelihatan..siapakah beliau?

pergh14.jpgPrizm dan Lefty sedang melayan komik dr sedara Faezal…mmg eksklusif…

En.Prizm datang ngan komik2 lamanya dan paling best dia jual pukal..komik omputih berharga lebih rm10 dijual 3 singgit..mcm jual karipap tuh..tanpa segan silu aku merembat byk gak la..tp yg best2 dah dirembat oleh mereka yg datang lebih awal. Jahat sungguh mereka itu. Manakala komik manga yg tebal mcm kamus dijual rm5 je…Aku yakin kalau manga yg berunsur 18PL mesti dah sold out…bak kata seorang peserta..”Aku beli yg ada pervert je” -sungguh pervert beliau itu, berkata2 tanpa riak bersalah diwajahnya di bulan mulia ini.

pergh15.jpgBeginilah caranya menuang air tebu ke dalam gelas…demo free oleh abg invic. Tau2 je lah rasa air tebu sejuk camna…

*Ada setengah gambar ada unsur 18SG, sila dapatkan izin ibubapa sebelum melihatnya. Segala kemungkinan perasaan yang bakal timbul adalah tanggungjawab sdn bhd.

pergh16.jpgAntara peserta awal yg tewas lepas berbuka…mungkin nak kumpul power.

pergh17.jpgDewa yg keletihan selepas menyiapkan 3 roll banner secara solo…hebat beliau ini..

pergh18.jpgApakah yg menyebabkan beliau jd begini…kelihatan ada buku burung di situ…apa kaitan semua ini…

pergh19.jpgLepas kumpul power..masing2 dah ok balik..Dinjer pun dah sampai masa tu..tp misteri buku burung tu mmg masih menjadi misteri…

pergh20.jpgJonos salah seorang org kuat Pekomik yg masih blur sbb menahan ngantuk…tp lepas borak2 citer pasal alam mistik…terus ilang ngantuk…tetapi aku plak yg ngantuk…

pergh21.jpgLepas sahur kt kedai mamak…balik sambung tido…rasanya Dinjer je dok layan lukis kt banner…tp gambar ni cukup membuktikan kehebatan pelukisnya…dipercayai beliau melukis dengan menggunakan kaki…sampai terpelanting pensil merah mungkin sbb mengigau…

gambar2 penghabisan..

pergh22.jpgBeliau juga keletihan selepas melayan banner semalaman…wajahnya dirahsiakn.

pergh23.jpgDinjer yg sedang menatap komik dengan penuh kyusuk disimbahi cahaya pagi yg indah menusuk kalbu…baru dlm kul 11 pg camtu aje…

pergh24.jpgGambar last posing nan ayu seorang presiden, pengkarya, penulis, pelukis dan pekomik seblom aku berambus pulang…

Sekian..maceh.

  1. jOnOs Said,

    Ha ha ha ha…

    Hampeh. Karam Sigh Warlia punya liputan pun kalah. Dah macam filem seram aku nengok gambar2 pencoteng kain rentang nih.

    Tu la kau. Buka citer mistik dgn aku. Gambar pun jadi mistik. Kalau ada citer mistik baru citer lagi la wey.

  2. MdmZend Said,

    Wah..ini website banyak orang berbunga-bunga hati dia….good-good…
    tapi si Ayu berskirt biru pakai shampoo ape ek?….cun rambut dia….yg mana satu lak si penulis….salam kenalan ya…dtg sini ikut Tn.Jonos…

  3. odows Said,

    Hehe abg jonos..citer mistik malam tu sgt menarik…Dalam tak sangka aku dah beli buku yg ko cadangkan tu..mmg best! Nanti kita sembang lg alam angker nih..

    Hi MdmZend, thanks singgah sini..Salam perkenalan gak..si Ayu berskirt biru mmg ramai sgt berebut…tp nasib malam tu beliau tak diapa2kan…lepas Raya taktau la nasib beliau…pasal shampoo tu,nanti kita soalsiasat dia…
    Si penulis belakang tabir je… :D

  4. rozinorazali Said,

    turun ukay perdana bukan nak calling calling…

  5. Izam Said,

    Aku pun konfius gambaq Nurie atau Faizal Tahir atau Shawn Micheal?

  6. danisha Said,

    salam,
    sedap plak aku nengok lauk pauk dan nasi kat dalam gambaq tu……cobaaan….

    odows….buat apa samapi berdarah telinga nih…. menakutkan btul keja ang ni…

  7. odows Said,

    ajin-lepas raya ada lagi..aritu gi pun secara mengejut..
    Izam- kekonfiusan adalah hak bersama..
    Danisha- Nampak sedap la..tp biasa2 aje…lepas la utk mengenyangkan perut yg sedang kelaparan…berdarah telinga..mulut tu..diorang tersilap minum sirap terlebih..ada yg minum ikut telinga..tu aa jd camtu… :D

  8. Ana Said,

    Wah panjangnya rambut abang nurie. :D

  9. jeebsion Said,

    hohoho .. ini dah jadi medan pertempuran nilai ISO tinggi2 nih … memang cun gamaq2 … siap pi edit berdarah suma .. hahahaha .. good entry dows … I’ll keep looking for more!! :D

  10. rahmanraof Said,

    odows, cam aku penah kenal, siap berdarah2 berjuang ntuk komik..gile2

  11. odows Said,

    besa ja Jeeb oi..mana la setaraf ngan gambaq2 strobist hang yg curlasto2 ittew…hehe.. :-P
    hi rahmahraof, thanks singgah sini. :)

  12. mozakim Said,

    kali ni puas hati.. banyak sunggoh gambag !!! aku memang suka komik.. hang buat komik stail pedang setiawan takmau ka? tapi hero malaya laa…. hehehe

  13. odows Said,

    tq mozakim, idea menarik…insyaAllah bole diusahakan… :D

Add A Comment