Home > Fotografi, Sembang Kosong > Selamat Tahun Baru 2008

Selamat Tahun Baru 2008

January 1st, 2008

newyear2008.jpg

Salam semua, semalam cuaca berjerebu…agak kecewa bila bungapi meletup langsung tak best bila tgk output gambar kat lcd kamera…kelam semacam…kesian kat Semutaro datang dr jauh2…tp hampa sehampa-hampanya…taktau la camna dia balik Ipoh nanti nak kelentong ketua kampung sbb misinya gagal pada malam tu…Dan Jza, Dasheela juga masing² mcm tak puas hati pada malam tu..aku lagi la…dah la kelam kabut lari(naik kete sebenarnya) dr KLCC ke Sri Gombak nak cari port punya pasal…sesat plak tu..main redah je masuk simpang mana²…wahahahaha…mmg tak tahan…sampai² je terus tunjuk hero main pacak je tripod tanpa was-was..

Lokasi mmg terbaik..nampak seluruh KL bergemelapan dengan neon² yg indah…Ramai jugak yang datang sampai padat di setiap penjuru lokasi..Ada datang ngan famili…kawan²…dan kapel² muda mudi juga tak lepas peluang nak tgk bungapi dr atas situ…Kelihatan fotografer² lain jugak lepak situ dengan senjata masing² siap sedia menunggu masa detik 12 malam..

Tepat jam 12…wohh..mmg nampak merata² bungapi meletup…sampai juling lensa kamera nak snap mana satu…Masa yang sama jugak kedengaran bunyi shutter dr kamera masing²…tapi rata-rata lepas tgk kat lcd…masam je muka…paham² lah…dari banyak² yg aku snap…ada la 2-3 keping yg bole pakai..tu pun kena edit jugak..wakakaka. Walaupun guna tripod..ada gak gambar aku gegar…sbb ada budak mana ntah sandar kt tripod aku buat macam kerusi malas kat umah…berakhlak mulia sungguh budak itu…sabar je lah…

newyear2008_2.jpg

Lepas amik bungapi tu…kami lepak sat ngan otai Ujang the red tarantula malaya of asia tenggara..pekena CKT(char koew tiau) seround..terus cargas ke rumah masing² dengan kenangan terakhir bersama tahun 2007 yang sudah pun menjadi sejarah..Ok..itu je lah sedikit coretan merapu dari aku utk entry kali ni…

malicorner.jpg

Dengan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua…Semoga azam baru dan angka 2008 menjadi pemangkin dan semangat untuk bertambah maju dan terus berjaya di dunia dan di akhirat..

Last skali..apa azam korang?

Fotografi, Sembang Kosong , , , , , , ,

  1. January 1st, 2008 at 23:05 | #1

    Selamat Tahun Baru Bro~~ Azam tahun baru~~ ehheehe~~ D300~~ D300~~ D300~~

  2. January 2nd, 2008 at 10:27 | #2

    Tahniah, anda telah terpilih untuk menerima D300 percuma dari Nikon Malaysia. Sila datang ke… pooofff… Cis mimpi rupanya.

    Selamat tahun baru… semoga tahun ini merupakan tahun buat fulus untuk mu dan rajin-rajin mengejar impian mu itu… Teringin gak nak try test cuba pegang D300 dari otai Odows… :D :D

  3. January 2nd, 2008 at 13:38 | #3

    azam aku nak bukak wordpress yang sehebat abg odows… tapi apakan daya.. aku tak cukup skill edit gambaq… :((

  4. January 2nd, 2008 at 13:48 | #4

    med..azam best tu..D300 ye…kena azam yg sama gak nih..
    FR…Kalau tercapai azam tu, bole je test…
    Komeng..bukak WP tak perlu skill edt gambaq pun.. :D blog hang pun mantap dah..

  5. January 3rd, 2008 at 14:35 | #5

    shot paranormal… eh silap, panorama yang cantik… hehehe

  1. No trackbacks yet.