Posts Tagged ‘lukisan’

Photoshop Tutorial-Edit gambar macam lukisan

Sunday, February 1st, 2009

Wow..tajuk cambest je..’Edit gambar macam lukisan’ tuh!

Sebenarnya tak lah nampak mcm lukisan pun..cuma ada la skit2..ke takde langsung..ntah la :D janji sedap mata memandang je lah senang citer..subjektif skit bab2 edit ni..

Ada yg suka..ada yg sebaliknya..ada yg suka ori..ada yg tak..ada yg suka ori tapi ditambah perisa tambahan skit..ada yg suka ori dari kamera tanpa usikan dr apa2 software..ada yg suka tak ori dengan ditokoktambah sampai hilang originaliti gambar asal..ada pulak yg suka temberang ngan mengatakan gambar edit tanpa diedit langsung..yg tu lantak lah..asalkan tak kantoi..belasah je..kantoi kalu..memandai la jawab..ada jugak yg tak edit langsung tapi dah memang lawa…macam2 org buat, sebab dengan 1 tujuan je..org tengok, org suka.

Macamana menghasilkan gambar tu..terpulang kepada kreativiti masing2..behind the scene tu sebenarnya rahsia besar yg jarang2 dikongsi bersama..hardware dan software atau tools bukanlah ukuran sebenar utk meghasilkan sesuatu yg cantik, unik dan menarik..tetapi otak yg dipinjam tu patut memainkan peranan utama di samping diBANTU oleh dengan benda2 sekeliling kita utk melengkapkan antara satu dengan yang lain…

Terpulanglah pada masing2 punya anak tekak..suka..buat..tak suka, jgn layan..suka..amik, tak suka bole ikut haluan masing2 tanpa mengganggu citarasa org lain..tu je. Apa2pun masing2 ada teknik tersendiri utk menghasilkan karya agung yg diidamkan..sebab tu ianya dikatakan SUBJEKTIF..

Okey dokey..berbalik pada tajuk utama-Tutorial yg nk dikongsi kali ini nampak mcm susah skit..tp kalau dah pernah tgk tutorial ROL sebelum ni, rasanya taklah byk beza sgt pun..pusing2 gitu jugak.

Ok,tanpa melengahkan masa lagi..mari kita mulakan.

Langkah2nya agak panjang sedikit..tapi kalau mula dengan Bismillah, tarik nafas panjang2 pastu hembus..tengok betul2 dan praktiskan..InsyaAllah, semua org akan berjaya.

01

Step 1

Macam biasa, copy layer dulu. Ctrl+J shortcut..*sila abaikan layer(B&W) atas tu sbb aku printscreen dr benda dah siap..Korang hanya perlu buat copy layer aje tau..

02

Step 2

Pastu, layer tadi tu convert jd Desaturate atau shortcut ctrl+shift+U..

03

Step 3

Kemudian, gunakan Shadow/Highlight utk dptkan efx mcm gambar di atas. Korang bole abaikan step ni kalau rasa tak perlu..ini cuma penambahan sukahati dr penulis.

04

Step 4

Sekiranya berdegil jugak nak guna step atas tu..sila gunakan default setting aje sepertimana aku merahkan nilai peratus yg ditetapkan.

05

Step 5

Untuk mengimbangi warna tone sesebuah gambar, aku akan gunakan Burn Tool utk ‘membakar’ kawasan yg hendak digelapkan..

06

Step 6

Kawasan bercorak ‘indah’ berwarna merah tu adalah kawasan yg telah ‘dibakar’ dengan berhati2..ada pepatah bercakap, Jangan bermain api nanti terbakar diri..jadi, pandai2 lah menggunakan tool tu di tempat yg sepatutnya ye..Proses ‘pembakaran’ ini bergantung kepada kreativiti masing2 atau bergantung pada sesebuah gambar tu jugak..sekiranya rasa tak perlu..bole abaikan step ni..

07

Step 7

Selesai proses tadi..layer td tu bolehlah ditukarkan mode Normal ke mode Soft Light seperti gambar di atas utk mendapatkan sejenis efex yg masih tidak dikenalpasti lagi..

08

Step 8

Kemudian, gunakan Adjustment Layer utk dapatkan Layer Curves bg proses mencari tone yg sesuai..

09

Step 9

Setting lebih kurang mcm gambar di atas..ini pun bergantung pada mata korang jugak camna nak output nya.

10

Step 10

Pastu amik Hue/Saturate Layer pulak..

11

Step 11

Sila perhatikan setiap setting yg berlainan pada setiap panel..ini pun bergantung kt gambar jugak..kalau warna dah cukup, langkah ni tak perlu..*sila abaikan gambar B&W di belakang-sepatutnya gambar berwarna tp tersalah printscreen masa buat tutorial ni..maafkan sy…sob..sob..

11a

Ok, lepas proses adjust warna guna hue/saturate+curves td, outputnya lebih kurang camni lah..

12

Step 12

Ok, dah siap step 1-11 td..kita akan merge atau gabungkan kesemua layer td jd 1 layer shj..Korang ada 2 pilihan, samada merge semua layer jadi 1 layer tunggal atau merge semua layer tp masih nak simpan layer lama(in case ada perubahan kt layer tertentu)..

Utk jdkan layer tunggal, korang hanya perlu klik kt No.1(kt gambar atas) pastu pilih Flatten Image aje.

Tetapi sekiranya masih sayang kt layer lama, korang pilih No.2(kt gambar atas) iaitu Merge Visible..atau shortcut ctrl+shift+E..

Kalau rasa over confident, flatten image adalah pilihan korang..kalau rasa was2, Merge visible adalah pilihan bijak.

Utk rasa bijak, aku pun pilih Merge Visible gak lah demi ketenteraman hidup aku.. :P

13

Step 13

Ok, bila dah jd 1 layer baru lepas Merge Visible tu kan..sekali lg, gunakan Shadow/highlight pastu perhatikan petak merah yg aku tandakan kt bawah tu..itu adalah option tambahan sekiranya korang ingin bereksperimen utk dptkan tone2 yg pelik dan unik tp jgn sampai merosakan gambar plak ye..seperti biasa..aku suka guna default je sbb taknak buang karan sgt..thehehe.

14

Step 14

Kemudian, copy layer td pastu buat mcm step 2 dan step 7..tukar desaturate dan layer mode..pastu korang Merge Down layer td jd 1 layer aje..atau nk rasa bijak, buat Merge Visible je..

15

Step 15

Pastu layer td tu korang copy layer lagi..

16

Step 16

Baru lah gunakan High Pass..

17

Step 17

Dan setting favourite aku camni aje..

18

Step 18

Kemudian tukar lg layer yg dah jad High Pass tu ke Soft Light.

Tujuan guna High Pass mcm guna sharpen jugak..tp ada sedikit kelainan kalau guna high pass berbanding sharpen/unshap mask..step ni jugak adalah tambahan aje nk bg gambar nampak sharp skit..kalau rasa tak perlu, ok je.

19

Step 19

Pastu seperti biasa, Merge Visible lg..tukar ke desaturate dan layer mode ke Softlight..

20

Step 20

Pada peringkat ni, segalanya akan berubah..cari Photo Filter kat Adjusment layer..

21

Step 21

Cari warna filter ikut citarasa mata korang..kt gambar ni aku guna warna sephia, dan tgk peratus kt Density. Aku guna 70%..

22

Step 22

Kemudian, guna Color Balance plak utk dptkan warna2 yg diingini…sila perhatikan setting kat Highlights dan Shadows..ah ha..kan dah berubah warna..

23

Step 23

Rasanya dah siap..tp masih tak puas hati.

Ini adalah tambahan jugak, tp aku suka guna efx ni..iaitu tambah Noise kt gambar. Sebelum nk buat apa2, sila Merge Visible dulu utk rasa bijak.. :D

Pastu guna filter>add noise. Tgk setting yg digunakan..pastu klik OK.

24

Step 24

Dan ini, aku rasa tak lengkap kalau tak letak sedikit Ray Of Light kt gambar..hehe. Bkn ROL pun, hanya sedikit cahaya tambahan utk nampak mood je..camna nak buat gradient tu, bole perhatikan gambar kt atas ikut turutan no.

25

Step 25

Akhir sekali, buat layer baru utk buat watermark kt gambar korang..ni pun tambahan je kalau rasa perlu..

Dah siap! :D