Tunggu
*ehem..ehem..(sengaja batuk)
testing…cubaan suara satu..dua…(suara ala2 besar skit)
Tet..tet..teettt…
Salam sejahtera..
Berita jam dinding…
Jalan Yap Kwan Seng- Seorang pemuda dipercayai tuan empunya blog ini telah dijumpai berbuih mulutnya dipercayai selepas berkumur-kumur dengan air berkarbonat. Dia sengaja berbuat demikian kerana sedikit tekanan telah melanda dirinya. Dia dipercayai telah diugut oleh beberapa ekor kucing di kawasan perumahannya kerana terskodeng salah seekor kucing tersebut sedang membuat onar di belakang rumahnya.Sejak kejadian itu, beliau sering ternampak kucing-kucing itu menjeling seakan memberi amaran keras sekiranya cerita itu tersebar luas, ada juga kucing remaja yg mengacung jari tengah kepada beliau lalu berlari-lari anak ke belakang kereta seraya menggoyangkan ekor kegembiraan-sungguh berani kucing itu.
Disebabkan kejadian itu, beliau sering ketakutan dan meracau seorang diri ketika tidur. Dipercayai juga blog beliau makin terabai disebabkan kejadian paranormal tersebut. Apabila diminta beliau mengulas, alasan pula diberinya. Antaranya seperti berikut, “Niat aku mmg nak update selalu blog nih…hari2 tuh masuk jenguk. Punya la segan nak buka post baru walaupun ada la nak kecoh2 skit pasal update skit theme blog ni…kalau ada perasan la kan..
tapi yang sebenarnya kan..
Bila nak update je…tetiba blank je kotak pemikiran ni taktau nk letak apa…paling koman la kan, bajet memang nak letak sekeping gambar setiap kali post..sekurang-kurangnya taklah nampak sepi dan dingin je posting tuh. Tapi serius dowh, aku bz skit dalam bulan ni tu yang aku merekacerita pasal kucing semua tuh, harap ada la yg percaya…”
Itulah antara alasan yang diberikan kepada pihak kami walaupun pada mulanya agak sukar hendak mempercayainya, tetapi setelah diugut beliau akan menceritakan kepada media bahawa kami telah termakan makanan kucing ketika di rumahnya semalam pihak kami terpaksa akur(Kami tertipu-ingatkan korn flake walaupun ada yang berbentuk ikan).
Dalam keadaan tersenyum sinis beliau juga memberitahu ada benda baru yang cuba diselitkan dalam blog dalam masa terdekat ini. Pihak kami cuba mengorek rahsia tersebut tetapi dengan poyonya beliau menjawab,
” Sabar la…kena tungguuuu…”
Selepas itu, pihak kami telah dipelawa keluar rumah dengan segala hormatnya kerana beliau masih ingin meneruskan mimpi yg indah…Sekian, terima kasih.


Odows,
Ikan apakah ini? Bermisai macam kucing… adakah ianya catfish?
ikan apa tuh bro?
smart lighting
great collection
slamat berkenalan
tak silap tu ikan tapah…koleksi lama je nih..terjumpa masa tgk2 gambar lama..rasa cam ok je nak letak kt sini..salam perkenalan jugak.
apa masalah ngan ikan tuh … macam samseng jaa … hishh …
dia tak puaih ati ngan hang la kot jeeb..
Oh macam tu rupa ikan tapah!
hahahaha, dows…
xde ide nak tulis apa, mulakan dgn apa yg berlaku dekat dgn diri sendiri…
insyaallah, ide tu akan dtg…
cuab ko mula berceritera zaman kanak kanak ko ke, sekolah ke, masa mula mula keje ke…
sesuatu yg dekat dgn diri ko…
thanks ajin..ada gak terpikir camtu…try tgk camna..
Agaknya kalo ikan tapah berjumpo dongan anak ikan koli begini katonyo,” Ekau ni jang, kocik-kocik dan samseng!” “Sebab apo?, ” tanyo pulak anak ikan koli.” Hahaha ekau kocik-kocik dah ado misai.” kata ikan tapah itu.
Add A Comment